Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2017


(Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mungkin agak terlewat sebenarnya untuk kongsikan info ini. Ibu pasti info ini sudah dapat diakses daripada pelbagai sumber di internet. Tapi, ibu mahu juga kongsikan di blog IbuMifzal.Com agar mudah untuk ibu dan pembaca lain untuk mendapatkan info berkaitan tarikh pembayaran gaji ini. Biasa tengah-tengah bulan, mulalah ibu google-google bila la tarikh gaji dibayar nih. Poket dah kering..hehe. Nasib pekerja makan gaji, macam ini lah..hehe.

tarikh gaji 2017

Nampaknya, tahun ini, tak banyak bulan yang gaji dibayar awal. Hanya bulan Jun dan Oktober 2017 sahaja. Bulan lain, lebih kurang tarikh gaji standard 25 haribulan.

Baca Lagi



Semakan Keputusan Peperiksaan Online PTD Januari 2016

(Semakan Keputusan Peperiksaan Online PTD Januari 201)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semalam, 19 Januari 2016, ibu telah mengambil peperiksaan online untuk memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (M41). Mencabar juga rupanya nak ambil peperiksaan online ini. Maklumlah, periksaan ini diadakan serentak bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE ptd

Menurut SPA, seramai 57, 320 orang calon yang mengambil peperiksaan semalam. Bayangkan calon seramai itu perlu dalam satu masa. Huhu..memang ada sedikit masalah teknikal yang ibu hadapi ketika menjalani peperiksaan tersebut. Mula-mula okay untuk seksyen A, namun bagi syeksen B, mula timbul masalah. Soalan tidak keluar walaupun masa sudah berjalan. Gabra ibu, walaupun ambil peperiksaan ini tanpa ada apa-apa harapan pun. Cuma sebolehnya kalau dah ambil exam tu..nak lah jawab semua soalan kan. hehe..lagi satu sebagai pengalaman lah kan. Nak juga tau format soalan macam mana.

Baca Lagi

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2016

(Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2016)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Wah….dah dekat-dekat hujung bulan ini, mula lah tertanya-tanya “eh! gaji bulan ni bila ya?”. Kalau kakitangan awam persekutuan rasa macam baru sahaja dapat bonus kan. Macam ibu, dah dapat gaji awal bulan Januari ni. Masuk sekali dengan bonus. Kiranya, bonus 2015 dilewatkan dan gaji Jan 2016 diawalkan.

Okay..ibu nak kongsi jadual pembayaran gaji kakitangan awam bagi tahun 2016. Gaji ibu untuk bulan-bulan berikutnya akan sama sahaja dengan kakitangan awam persekutuan yang lain..Jadi ini boleh dijadikan rujukan untuk ibu dan kawan-kawan semua.

gaji kakitangan awam 2016

*kredit to http://www.tehpanas.com

Baca Lagi

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) Tahun 2016

(Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) Tahun 2016)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu baru sahaja menerima email jemputan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi menghadiri peperiksaan online Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) pada 19 Januari 2016. Aduss!! lain yang diharapkan..lain yang datang. Tak mengapalah. Ibu juga yang pohon kan..huhu. Ini pun belum tentu lulus or tidak…hehe. cuba sahajalah.

periksa online PTD

Tahun 2016, sebanyak 300 kekosongan jawatan PTD untuk diisi. Banyak juga kan. Habis sahaja konvo bulan 10 tempoh hari, ibu terus mengisi dan mengemaskini maklumat di portal SPA8. Berharap dapat la menjawat jawatan yang diimpikan. Tapi sebenarnya tidak kisah sangat..asal dapat naik pangkat bersesuaian dengan kelulusan yang ada pun jadi lah kan.

Baca Lagi

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015

(Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hah! jumpa pun yang ibu cari. Terima kasih pada yang sudi kongsikan jadual ini. Ibu pun nak kongsikan juga jadual pembayaran gaji kakitangan awam bagi tahun 2015.

jadual bayaran gaji tahun 2015

Dah tahu tarikh-tarikh pembayaran gaji untuk tahun hadapan, boleh lah ibu bajetkan dan uruskan kewangan untuk tahun hadapan agar lebih berhemat lagi. Sekarang ini kena jimat cermat, al-maklumlah, kos sara hidup yang meningkat. Minyak turun pun harga barang tetap tak turun…makin naik lagi ada..

Baca Lagi