Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1438 H / 2017 M


(Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1438 H / 2017 M)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sedar x sedar, tinggal lebih kurang 47 hari lagi umat Islam akan menunaikan kewajipan berpuasa. Sebulan selepas puasa, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Memang rasa sekejap sangat masa berlalu. Tahun lepas ibu menyambut hari raya di kampung halaman di Kelantan. Tahun ini pula, giliran beraya di rumah mertua. Suasana yang meriah akan kita sama-sama rasai lagi, Insya Allah.

mencerap anak bulan ramadhan dan syawal

Ibu ingin kongsikan info berkaitan tarikh dan juga lokasi melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan tarikh pertama kita akan berpuasa dan juga tarikh bagi melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017 ini. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh melihat atau mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal telah ditetapkan seperti berikut :-

Baca Lagi



Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1434H / 2013M

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah seminggu kita berpuasa, masih tidak terlewat untuk ibu ucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

kadar zakar fitrah 2013

Suka untuk ibu kongsikan info mengenai kadar bayaran zakat fitrah yang sudah boleh dibayar bermula awal ramadhan lalu. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditentukan oleh setiap negeri di MalaysiaBaca Lagi

Lafaz Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lebih kurang seminggu lagi, kita akan berpuasa. Sekejap je masa berlalu. Dah nak mula puasa semula untuk tahun ini. Insya Allah, kita dijangka akan mula berpuasa pada 10 Julai 2013 (Rabu). Tak sabar nak puasa dan berhari raya kan.

Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diberkati oleh Allah SWT. Di sini juga, ibu ingin berkongsi lafaz niat puasa dan doa berbuka puasa untuk dijadikan panduan.

Lafaz Niat Puasa Sehari

niat puasa sehari di bulan ramadhan

Lafaz Niat Puasa Sebulan

Baca Lagi

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

ciri isteri solehah

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Baca Lagi

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1434H / 2013M

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu ada mencari maklumat tarikh melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal 1434H di laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Tetapi laman tersebut tidak dapat dibuka kerana sedang dikemas kini. Yang ibu jumpa kat google adalah seperti dalam gambar dibawah. Bagi ibu boleh diterima pakai sebab link sourcenya dari laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia itu juga. Cuma buat masa ini tidak dapat diakses.

tarikh lihat anak bulan

Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadan – Penetapan Awal Puasa 1434H/2013M pada 8 Julai 2013
Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal – Penetapan Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M pada 7 Ogos 2013

Baca Lagi