Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1434H / 2013M


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Dah seminggu kita berpuasa, masih tidak terlewat untuk ibu ucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

 

Suka untuk ibu kongsikan info mengenai kadar bayaran zakat fitrah yang sudah boleh dibayar bermula awal ramadhan lalu. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditentukan oleh setiap negeri di Malaysia

BIL NEGERI KADAR ZAKAT FITRAH 1434H
1. Johor RM5.00 / RM8.00
2. Kedah RM7.00
3. Melaka RM6.50
4. Kelantan RM7.00
5. Negeri Sembilan RM6.50
6. Pahang RM7.00
7. Selangor RM7.00
8. Terengganu RM4.50 / RM7.00 / RM7.60
9. Sabah RM7.00
10. Perlis RM6.00
11. Pulau Pinang RM7.00
12. WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan RM7.00
13. Sarawak RM6.50
14. Perak RM7.00

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada lima (5):

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

ps : semoga info ini dapat membantu dan memudahkan kita utk menunaikan kewajipan membayar zakat ini.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


4 Responses

  1. yusri berkata:

    Selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir & Batin.

  2. Mama I.A berkata:

    kami belum bayar lagi ni…bagus juga ada entri macam ni, sebagai peringatan..
    Jom baca entri di blog Mama I.A : Nak Hadiahkan Apa Pada Mak Dan Ayah Masa Raya Nanti?My Profile

  3. luthfisetyawanan berkata:

    terima kasih sudah mengingatkan,,selamat menunaikan ibdah puasa.
    Jom baca entri di blog luthfisetyawanan : SarkoidosisMy Profile

  4. hafiz berkata:

    alamak belum bayar zakat lagi..
    Jom baca entri di blog hafiz : Wordless Wednesday 28 : Home made ikan bakarMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge