Jom Kurus Secara Semulajadi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Sepatutnya tajuk “Jom Turun Berat Badan Secara Semulajadi”. Sebab ibu masih belum kurus lagi hehe.. :D. Walaupun belum kurus lagi sebab target adalah untuk dapatkan berat ideal TETAPI alhamdulillah, berat ibu dah turun sedikit tanpa menggunakan ubat kurus. Happy tau bila berat turun. Sebab tau macam mana susahnya nak turunkan berat. Tambah bagi manusia yang suka makan macam ibu ini haha.

Penimbang Digital Camry
Penimbang Digital Camry

Terus terang, penurunan berat ibu bukan dalam masa yang singkat. Sebab ibu sebenarnya tidak bersungguh sangat untuk diet. Bila lupa diet memang bedal tak ingat makanan. Hahah dan selalu ibu akan gelarkan hari ibu makan banyak sebagai ‘Cheat Day‘. Memang cheat sungguh lah sebab pulun makan. Dan, ibu tidak pula menetapkan perbezaan penurunan berat yang banyak. Sebab ibu tak nak tertekan andai kata berat naik atau static. Kalau turun 0.5 kilogram pun ibu dah happy sangat..haha. Kalau ikutkan berat ideal ibu adalah around 52 – 55 kilogram. Dan,  kalau dapat berat 60 kilogram pun dah syukur sangat-sangat. Tetapi perjalanan ibu masih jauh. Berpuluh kilogram lagi perlu dibuang. 

Guna Aplikasi MyFitnessPal

Hehe.. maaf tak dapat revealed  berat sebenar. MALU! Sebab angkanya besar sangat…hahah. nanti dah kurus ibu reveal :p

BACA INI : Tips Kurus Ketika Bulan Puasa

Alhamdullilah, setelah berbulan-bulan ibu cuba kawal berat badan, terkini ibu sudah berjaya buang sebanyak 12 kilogram lemak daripada badan ibu. Paling banyak penurunan adalah ketika bulan puasa tempoh hari iaitu sebanyak 5 kilogram dalam masa satu bulan. Tetapi dek kerana raya, makanan sedap-sedap, makan tak ingat dunia, open house merata, natijahnya berat ibu naik semula sebanyak 2 kilogram. Haha..berpeluh nak turunkan balik. Mujur 2 kilogram penambahan itu dapat dibuang dalam masa sebulan juga. Beza kan bulan puasa dengan bulan raya..hehe

Macam mana ibu turunkan berat badan? Serius, ibu tak ada mengamalkan apa-apa jenis pun ubat kurus yang berlambak di pasaran. Sebab takut. Banyak ubat-ubat kurus yang mengandungi racun berjadual yang boleh membahayakan kesihatan. Dulu pun ibu pun ada terpengaruh juga tetapi bila tahu kesan bahaya pada kesihatan, terus STOP. Makan ubat mahal-mahal pun, kurus tidak juga kan. Baik kita amalkan cara semulajadi je. Badan pun sihat, bukan. Insya Allah.

PERTAMA : KURANGKAN GULA

Ibu bermula dengan mengawal pengambilan gula di dalam makanan dan minuman. Tidak  lah kawal secara mendadak tetapi berperingkat. Apabila badan sudah serasi, ibu cuba untuk tidak lagi mengambil minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat. Cukup dengan air kosong. Kalau makan kat kedai pun, ibu hanya akan minta air kosong. Jimat pun jimat poket ibu hehe.

KEDUA : BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Banyakkan minum air kosong / air masak. Kalau boleh ikut berat iaitu 1 liter untuk setiap 25 kilogram. TAPI, ibu tak ada tetapkan kuantiti minum air kosong ikut berat pun. Janji sehari ibu dapat habiskan 2 liter atau 8 gelas air sudah memadai. Lebih banyak lebih bagus. Ini juga ibu lakukan secara berperingkat. Kita akan dapat rasa perbezaan kalau badan kita cukup air. Selain bagus untuk menurunkan berat badan, badan juga menjadi lebih segar dan kulit menjadi lebih cantik dan tidak kering.

KETIGA : KURANGKAN KUANTITI NASI

Ibu pengemar nasi. Kalau tidak makan nasi dalam sehari rasa menggigil badan. Ibu pernah cuba diet Atkins yang perlukan kurangkan pengambilan karbohidrat. Sumpah, ibu tak daya nak ikut. Seksa rasanya. Gigil tak dapat makan nasi. Memang dari dulu pun ibu jenis makan nasi banyak berbanding lauk. Jadi, ibu decide untuk just kurangkan sedikit kuantiti nasi. Untuk biasakan memang susah dan perlukan masa yang lama. Ibu tak adalah paksa diri. Masa bulan puasa ibu berjaya kurangkan 5 kilogram dengan hanya makan 1 @ 1.5 senduk nasi ketika bersahur dan berbuka 😀

kuantiti nasi diet
Nasi Tak Berlemak & Sambal Bilis Petai

KEEMPAT : ELAKKAN MAKAN DI WAKTU TENGAH MALAM

Tak dinafikan, berat badan ibu naik sebab ibu tak jaga timing makan. Kalau lapar tengah malam, tak boleh tidak, memang akan ke dapur cari makanan. Bila dah datang keinsafan, ibu sudah elakkan makan di waktu tengah malam. Kalau lapar juga minum air kosong banyak. Ibu cuba untuk pastikan, ibu siap makan malam sebelum jam 8.00 malam. Biasanya, jam 7.00 malam baru siap masak kalau hari bekerja. Ibu juga selalu tidur awal. Biasanya jam 10.00 malam ibu dah lena. Saja tidur awal supaya ibu tak lapar tengah-tengah malam. hahah.

Rasanya empat cara itu sahaja yang ibu amalkan. Cuma, sekarang baru berjinak-jinak untuk minum teh hijau. orang kata teh hijau elok untuk turunkan berat badan ya? Entahlah, ibu baru nak cuba. Pilihan ibu, Jasmine Green Tea daripada jenama Ahmad Tea. Sedap dan harum bau bunga jasmine. Alhamdulillah, ibu boleh telan. Risau pahit je haha.

teh hijau kurunkan badan
Ahmad Tea : Jasmine Green Tea

Harapan ibu agar ibu dapat konsisten di dalam usaha ibu untuk menurunkan berat badan. Teringin juga nak pakai baju saiz S atau M. Hahaha. Doakan ibu. Insya Allah.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



6 Comments

    • alhamdulillah.. usaha sedikit ni menampakkan jgk penurunan walaupun blm capai lg target. yg susahnya nk maintain berdiet secara sihat. Aju bdan dan slim.. tp mmg bagus sgt kalau kita sentiasa amalkan healthy food kan.. badan slim dan kesihatan pun terjaga..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge