Throwback : Mifzal Turns 10


Ceritanya bulan Februari yang lalu. Baru berkesempatan untuk berkongsi cerita. Mifzal turns 10. Anak kesayangan ibu menyambut hari lahirnya yang ke 10 pada 28 Februari. Selamat hari lahir sayang. Moga menjadi anak yang soleh untuk ibu dan abah, berjaya dan selamat di dunia dan akhirat, serta sentiasa dimurahkan rezeki dan berada di dalam rahmat Ilahi. Aamin.

anak ibu Mifzal turns 10

Happy Birthday Mifzal

Sambutan hari lahirnya kecil-kecilan sahaja. Hanya kami tiga beranak. Mifzal gembira dapat tiup lilin kek hari lahirnya. Kek itu ibu beli pun last minute semasa pulang dari kerja. Sekali tapau bawa balik snack plate KFC. Itu sahaja yang mudah dan senang dibuat hehe.

BACA INI : Selamat Hari Lahir Yang Ke-5

Mifzal Turns 10 : Darjah Empat

sambutan mifzal turns 10

Tiup Lilin

Sekejapan sahaja rasa masa berlalu. Anak ibu dah darjah empat. Dulu tika masih bayi, suka ibu berkongsi perkembangan baby Mifzal. Bila sudah makin membesar, rindu juga  moment dahulu. Adanya Mifzal sangat membahagiakan hari-hari ibu. Buah hati nan seorang ini tiada galang gantinya. Berkatilah dia, ya Allah.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


4 Responses

  1. ajumohit berkata:

    happy birthday mifzal, semoga panjang umur n murah rezeki, semoga sentiasa membahagiakan ibu dn ayahmu
    Jom baca entri di blog ajumohit : Diskaun eksklusif hingga 90% di Lazada Match Day Sale!!My Profile

  2. Mama Hakim berkata:

    Salam rabu dari Mama, Semoga sihat wal afiat dan di rahmati Allah swt. dah besar anak ibu kan
    Jom baca entri di blog Mama Hakim : Pelembap muka terbaik di Malaysia! Mana 1 yang paling berkesan?My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge