Lupa ibu nak citer pada entri sebelum ni, masa ibu duduk menemankan Baby Mifzal dalam wad tempoh hari, pihak Huggies Malaysia ada call ibu beritahu yang ibu merupakan salah seorang pemenang 3 Months supply of Ultra Huggies diapers. Alhamdulillah, rezeki. Ibu join contest itu pun saja suka-suka. Main tekan sahaja. Hehe, syukur rezeki Baby Mifzal lah ni. Dapat pakai diapers jenama Huggies. Sebelum ini ibu beli yg biasa-biasa saja. Al-maklumlah sedang bajet. Hehe.
Ketika wakil Huggies Malaysia telefon, berbelit-belit lidah juga ibu nak menjawab. Al-maklumlah dia cakap omputih. Ibu dah lama tak speaking. Dah berkarat dah lidah ni. Apa-apa pun thank to Huggies Malaysia.
Jimat Belanja
Jimatlah perbelanjaan kos untuk diapers Baby Mifzal 3 bulan nanti. Sebulan banyak juga guna. Biasalah masih baby kan banyak guna diapers. Apa pun ibu sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah. Tak sangka, di saat sedih, Baby Mifzal terpaksa masuk hospital, ada juga cerita gembira.
1,798 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
rezeki anak…
dalam pada suka2.. kan dh ada hasil..
alhamdulillah..rezeki anak 😀