Kisah Buah Hati Ibu

Entri ni, sepatutnya ibu tulis minggu lepas. Tapi dek kekalutan yg melanda, memang ibu tak ada masa. Buah hati ibu, Baby Mifzal kena tahan wad pada 15 – 16 Oktober 2008, di hospital kerana demam dan cirit-birit yang berpanjangan. Sebelum admit ward sudah 5 hari Mifzal demam dan cirit-birit. Darah Baby Mifzal diambil dan disahkan ada jangkitan kuman, infection dari virus cirit-birit itu. Masa itu air mata saja lah yang mengalir kerana tidak sampai hati tengok tangan Baby Mifzal kena cucuk dengan jarum drip. Merengek dan menangis anak teruna ibu tu. Ya, ibu tahu, anak ibu sedang kesakitan. Maafkan ibu sayang. 

Baby Mifzal di Hospital

2 hari 1 malam di hospital dan dengan rawatan serta layanan yang baik oleh doktor dan juga jururawat, Baby Mifzal kembali cerita. Alhamdulillah.

Kembali Sihat

Sekarang anak ibu sudah baik dari demamnya dan semakin lasak. Cuma manjanya masih ada. Kalau dulu susah nak dengar Baby Mifzal menangis tapi sekarang tidak boleh jauh sedikit dari ibu, pasti meraung. Huhu. Lagi satu cabaran, amat susah hendak beri Baby Mifzal makan ubat. Baru hendak baringkan dia pun dia dah meraung dan dia tutup rapat mulutnya. Protes  tidak mah makan ubat. Aduhai anak ibu. Hendak atau tidak, ibu terpaksa berkeras juga. Ibu minta maaf ya sayang. Ibu terpaksa sebab nak Mifzal sihat kembali..

Hari ni, Baby Mifzal makin ceria dan ibu mmg terhibur dengan keletahnya. Syukur Alhamdulillah..

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



2 Comments

  1. giler tak ngis tgk anak kene cucuk jarum drip.
    adief kene cucuk jarum drip aku xsanggup tgk. dia meraung kt dlm, aku melalak kt luar.. huhuhu!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge