Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hadiah Daripada Huggies


Entri terdahulu, ibu ada maklumkan yang ibu menang cabutan bertuah daripada Huggies Malaysia. Seronok betul ibu. Jarang sangat ibu dapat hadiah daripada cabutan bertuah yang ibu join. Tak sangka pula kali ini ada rezeki. Rezeki Mifzal sudah pasti. Okay, di entri ini, ibu saja nak share cerita hadiah yg ibu dapat dari Huggies Malaysia. Hehe. Alhamdulillah, seronok tak terkata.

hadiah lucky draw

Bekalan 3 Bulan Lampin Pakai Buang Jenama Huggies

3 kotak diapers Huggies yang ibu menang hari tu dah sampai tadi lebih kurang jam 9.50 malam. Punya lah lambat lori tu sampai. Ibu ingat pihak Huggies Malaysia hantar pakai courier. Sekali dengan lori besar sampai depan umah..

BACA INI : Yihaa!! Menang Hadiah Daripada Huggies

Rezeki Mifzal

Hehe. Alhamdulillah. Memang rezeki Mifzal. Ibu dapat 3 kotak diapers Huggies size L54. Dalam 1 kotak ada 3 packs. 1 pack harga around RM50.00 lebih kurang kan. So utk 3 bulan ini ((3 x 3) x RM50.00)), ibu dah jimat dekat RM450.00 lebih kurang. Syukur  sekali lagi. Alhamdulillah. Terima kasih pada pihak Huggies Malaysia.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. kakngah berkata:

    penjimatan yg hebat!
    rm450++ blh masuk akaun mifzal 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge