Vitamin 21st Century Untuk Kesayangan Ibu

Ibu memilih untuk memberikan vitamin kepada Mifzal. Vitamin merupakan keperluan yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil oleh tubuh untuk pelbagai manfaat. Mengenangkan anak ibu ini dari dulu hingga kini adalah seorang yang sangat picky tentang makanan. Memang Mifzal suka makan tapi tak semua makanan yang dia mahu makan. Terutamanya, makanan yang membekalkan sumber vitamin untuk badan.

21st Century Vitamin Untuk Kesayangan Ibu
Vitamins untuk Mifzal

Ibu memahami keperluan makanan yang bernutrisi dan bertenaga untuk Mifzal membesar dengan sihat. Tambahan beliau kini dalam proses pembelajaran di sekolah rendah. Ibu sedikit gusar dengan pencapaian akademiknya. Oleh itu, selain pemakanan harian yang sihat, ibu rasakan ibu perlu membekalkan supplement tambahan untuk Mifzal.

Manfaat Vitamin C Kepada Kanak-Kanak

  • Sebagai senjata untuk menghalang penyakit berjangkit atau untuk sistem pertahanan badan kanak-kanak.
  • Membantu merawat masalah selesema, asthma, dan batuk.
  • Mempercepatkan penyembuhan bagi masalah kulit seperti ruam, kudis, ekzema, dan sebagainya.
  • Juga untuk penyembuhan luka jika berlaku sebarang kecederaan.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.
  • Kanak-kanak sangat memerlukam vitamin c untuk pertumbuhan kerana vitamin c membantu merangsang pembentukan kolagen untuk tulang.
  • Membantu merawat masalah tonsil dengan mengecutkan tonsil.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah ulser mulut.

Kelebihan DHA Kepada Kanak-Kanak

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Antara kelebihan DHA untuk kanak-kanak adalah :

  • Meningkatkan daya fokus.
  • Perkembangan otak yang baik.
  • Menajamkan penglihatan.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Mencegah ekzema.

Jadi, pilihan ibu ialah vitamin C dan juga DHA daripada jenama 21st Century. Ibu ada juga baca review di internet yang mengatakan produk ini bagus. So, ibu cuba berikan pada Mifzal. Dan, Mifzal suka dengan rasanya. Katanya sedap. Setiap hari, ibu pastikan Mifzal mengambil 2 biji pastil Chewy C dan 2 biji pastil DHA untuk keperluannya seharian.

21st Century Chewy C 90’s Pastilles

21st Century Vitamin Untuk Kesayangan Ibu
21st Century Chewy C

Kanak-kanak mudah untuk mendapat jangkitan. Dengan mengamalkan produk ini, ia sangat bagus untuk menguatkan sistem immune bagi melawan penyakit. Chewy C jenama 21st Century ini antara pilihan sempurna dan terbaik untuk membekalkan kanak-kanak dengan vitamin C. Chewy C dengan Vitamin C ini mempunyai 6 perisa buah-buahan yang menarik dan sedap iaitu perisa oren, strawberi, epal, lemon, mangga dan anggur. Setiap pastil mengandungi 30 miligram Vitamin C.

Keperluan Vitamin C harian kanak-kanak seusia Mifzal adalah sebanyak 45mg sehari. Keperluan vitamin ini berbeza mengikut umur. 

Harga vitamin ini juga mampu milik iaitu RM23.55. Ibu selalu dapat membeli dengan harga promosi RM17.00 (berubah mengikut kadar diskaun) di Watson atau Guardian. Dengan 90 biji pastil sebotol, cukup untuk consume selama 45 hari.

BACA INI : Bebaskan Anak Anda Daripada Ancaman Cacing? 

21st Century Chewy DHA 45’s Pastilles

21st Century Vitamin Untuk Kesayangan Ibu
21st Century Chewy DHA

21st DHA Chewy pastil adalah merupakan makanan tambahan untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat kanak-kanak, . Ia amat bagus diambil pada awal usia kanak-kanak bermula dari dalam rahim ibu lagi hingga umur 10 tahun. Kanak-kanak yang berusia 8 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 60 miligram DHA seharian manakala kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas memerlukan 90 miligram DHA sehari.

Setiap pastil 21st Century Chewy DHA kaya dengan 30 mg  Asid Lemak Omega – 3 tanpa ada rasa dan bau hanyir ikan. Didatangkan bersama dengan perisa epal, pasti menarik minat kanak-kanak untuk memakannya. Produk ini boleh dibeli dengan harga RM23.55 dan juga boleh didapati dengan lebih murah dengan harga diskaun.

Kesan Pemakanan Chewy Vitamin C dan DHA 21st Century

Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas beberapa bulan anak ibu mengamalkan dua jenis makanan tambahan ini, ada perkembangan positif. Dari segi kesihatan, nampaknya Mifzal sudah kurang mengalami demam, selesema dan batuk. Sebelum ini, agak kerap juga sehingga membawa kepada serangan asma dan memaksakan Mifzal mengambil nebulizer setiap kali sesak nafas. Manakala, dari segi perkembangan minda, Mifzal sekarang ibu lihat lebih mudah fokus dan memahami pelajarannya. Keputusan peperiksaannya juga lebih baik dari sebelum ini. Ibu harap perkembangan baik ini akan berterusan. Aamiin.

 11,089 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*