Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
ibu dah ada anak lelaki..so ibu ingin sangat nak dapatkan anak perempuan…kalau shopping baju untuk Mifzal kan..mata duk ralit tgk baju2 anak perempuan..comel2…nak beli kan..belum ada perempuan..kalau beli sapa nak pakai..x kan Mifzal nak pakai pulak…ooh tidak..dulu..ingat ibu, Mifzal kalau ditanya “Adik, lelaki ke perempuan?” Mifzal akan jawab “Perempuan”..heheh sebab Mifzal amik perkataan yg last…kalau kita sebut lelaki yg last..dia akan ckp lelaki la…tp skang dah tahu beza dah..kata ” Adik lelaki lah bukan perempuan!”..heheh….
suka tau dengan budak perempuan..tambah yg ada rambut ikal mayang tuh..comel je..ada seorang budak perempuan kat Taska Mifzal…mmg comel nga rambut dia ikal n sgt peramah…bila ibu hantar or nak amik Mifzal kat taska, budak perempuan tuh la yg lebih2 duk panggil..ibu..ibu..n suka duk kat riba ibu….Mifzal lak buat dek je..hehe..Mifzal kalau time ibu nak amik dia kat Taska mmg dia buat x tahu je sbb dia tak mahu balik..x puas nak main nga kawan2..kalau masa hantar asyik berkepit je nga ibu..ibu nak tinggal g kerja pun payah..huhu…
ok..jom share tips2 mcm mana nak dapatkan anak perempuan atau anak lelaki
Berikut adalah tips dan cara-cara untuk mendapat anak lelaki atau perempuan. Tips ini tidak semestinya tepat atau mempunyai 100% ketepatannya cuma ianya adalah pandangan dan kajian dari pihak – pihak tertentu sahaja.
Yang penting sekali adalah kesihatan pada kedua pasangan adalah baik.Ini kerana adalah sperma dari suami mempunyai dua unsur iaitu unsur X dan Y. Apabila unsur X bertemu dengan telur isteri maka akan terhasil anak perempuan.
Sperma X jika dilihat dengan mikroskop, bentuknya adalah agak besar sedikit daripada sperma Y, maka ia lebih dapat bertahan di dalam vagina isteri yang agak berasid. Bagi sperma Y yang agak kecil, ianya tidak dapat bertahan lama dan sperma ini yang menghasilkan anak lelaki.
Kata kunci disini adalah sperma X lebih lama bertahan dari sperma Y. Ini membolehkan kita merancang untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Maka dengan menentukan keadaan vagina isteri, perancangan boleh dilakukan bersama pasangan.
Untuk mendapat anak lelaki.
1. Untuk si suami, digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah manakal si isteri mengambil makanan bersifat akali atau neutral seperti sayuran hijau.
2. Pasangan akan bersama sebaiknya bermula pada hari ke 2 masa subur.
3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )
Untuk mendapat anak perempuan.
1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi.
2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur.
3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ).
Kaedah ini memberi peratusan hingga 75 ke 80% ketepatan. Walaubagaimanapun, kesemua ini adalah ketentuan Allah dan kita hanya berusaha untuk mendapat yang terbaik.
Wallahu A’lam…
Sumber : Tips Kahwin
ps : w/pun ibu belum ada anak perempuan n teringin nak anak perempuan..tapi anak lelaki ibu yg seorang ni tetap di hati..satu2nya penawar hati ibu dan abah.. sayang Mifzal Arsyad sangat2…
1,392 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
terima kasih tipsnya…..doakan ya saya biar dapat anak perempuan….oh ya baju bayi perempuan lucu ni