Tanah Runtuh Di Cameron Highland

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bukak paper Berita Harian pagi ni..tgk tajuk utama ttg tanah runtuh di perkampungan orang asli dekat Brinchang, Cameron Highland.. 3 orang sudah disahkan maut n then 3 lagi masih hilang…

CAMERON HIGHLANDS: Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 5.45 petang semalam berlaku semasa hujan lebat.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.

Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

status terkini : 7.36 pagi – semua 7 mayat yang tertimbus sudah berjaya dikeluarkan

ps : takutnya baca ttgk bencana alam ni..kat mana2 pun buleh jadi if Allah izinkan…nauzubillah..takziah kepada keluarga mangsa

 

 747 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*