Tips Berpuasa Bagi Wanita Hamil

Tidak lama lagi, umat Islam akan menunaikan ibadah berpuasa pada bulan Ramadhan. Bagi tahun 2017 ini, kita dijangka akan mula berpuasa pada 27 Mei 2017 (Jumaat). Bagi wanita hamil, pasti juga tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama menunaikan ibadah wajib ini. Bagi wanita hamil yang masih ingin dan mampu berpuasa, terdapat beberapa tips berpuasa bagi wanita hamil dan persiapan yang boleh dibuat bagi memastikan badan kekal bertenaga dan untuk mengelakkan kekurangan nutrien yang sepatutnya digunakan oleh bayi di dalam kandungan.

tips berpuasa bagi wanita hamil
Ibu hamil ingin berpuasa.

Namun, terdapat pengecualian yang dibolehkan bagi wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi di dalam kandungan. Sebaiknya minta pandangan doktor terlebih dahulu.

Tips Berpuasa Bagi Wanita Hamil

pemakanan ketika hamil dan berpuasa

BACA INI : Tips @ Petua Menahan Lapar Di Bulan Puasa

  1. Minum air yang banyak ketika bersahur dan berbuka. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi yang merbahaya kepada bayi yang dikandung. Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.
  2. Makan makanan yang memberi tenaga seperti kurma dan kekacang ketika bersahur. Makanan ini akan memberi tenaga berterusan walaupun setelah berpuasa beberapa jam.
  3. Elak makan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula menjadi tinggi dengan mendadak. Ini kerana apabila insulin dikeluarkan, ia akan menyebabkan menyebabkan paras gula menjadi rendah dan ini akan menyebabkan rasa mengantuk. Ia juga memberi tenaga yang cepat tetapi tidak bertahan lama.
  4. Makan makanan yang banyak protein seperti daging dan telur. Ini adalah untuk pembesaran fizikal bayi.
  5. Supaya mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  6. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.
  7. Elakkan daripada melakukan kerja-kerja yang berat. Banyakkan rehat. Jangan terdedah pada cuaca yang panas kerana boleh mempercepatkan dehidrasi.

 774 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*