Ceritanya bulan Februari yang lalu. Baru berkesempatan untuk berkongsi cerita. Mifzal turns 10. Anak kesayangan ibu menyambut hari lahirnya yang ke 10 pada 28 Februari. Selamat hari lahir sayang. Moga menjadi anak yang soleh untuk ibu dan abah, berjaya dan selamat di dunia dan akhirat, serta sentiasa dimurahkan rezeki dan berada di dalam rahmat Ilahi. Aamin.
Happy Birthday Mifzal
Sambutan hari lahirnya kecil-kecilan sahaja. Hanya kami tiga beranak. Mifzal gembira dapat tiup lilin kek hari lahirnya. Kek itu ibu beli pun last minute semasa pulang dari kerja. Sekali tapau bawa balik snack plate KFC. Itu sahaja yang mudah dan senang dibuat hehe.
BACA INI : Selamat Hari Lahir Yang Ke-5
Mifzal Turns 10 : Darjah Empat
Sekejapan sahaja rasa masa berlalu. Anak ibu dah darjah empat. Dulu tika masih bayi, suka ibu berkongsi perkembangan baby Mifzal. Bila sudah makin membesar, rindu juga moment dahulu. Adanya Mifzal sangat membahagiakan hari-hari ibu. Buah hati nan seorang ini tiada galang gantinya. Berkatilah dia, ya Allah.
2,584 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini