Theme Baru Untuk Blog, Ok Tak?

Haish! Lega sekejap. Dah siap duduk godek-godek theme baru untuk blog. Huhu, ibu dah banyak kali dah try tukar tema tapi tak berjaya. Namun kali ini akhirnya siap jugak hari ini. Biasalah, ibu kan jenis yang cepat boring dengan satu-satu tema. Dah pakai, rasa lama mula lah tangan gatal nak tukar. Kadang-kadang dapat tema wordpress yang sangat-sangat susah nak diedit dan buat ibu tak puas hati, terpaksa kembali kepada tema asal pula. Huhu.

theme blog
Tema Biru Laut

Sebelum ni, ibu pakaikan blog ni dengan tema Green Hope. Sekarang dah tukar, guna tema wordpress dari Siteground.com. Nama tema ini ialah Diagram, Kalau tak silap ibu. Okay lah pada ibu sebab warna biru laut kan. Kalau ikutkan hati ibu nak cari tema warna hijau tetapi tak ada yang sesuai pula. Entah kenapa entah, sekarang ini sangat suka dengan warna hijau yang lembut-lembut gitu. Hehe.

Okay, yang header itu bukan header sebenar theme ini. Header asal warna biru laut kosong sahaja. Ibu google dan jumpa lah header ini. Eh! tersuka pula. Suka yang ada rumah ada bangunan. Edit sedikit sahaja. Sebab memang tak reti pun, sangat-sangat lah tidak kreatif. Jadi, hasilnya seperti yang kawan-kawan lihat lah. Hehe.

BACA INI : Theme Oh Theme!!

Theme kali ni tak tahu lah bertahan lama mana. Kalau jumpa yang menarik. Pasti tukar lagi lah, jawabnya. Tetapi kena tengok kerajinan juga lah. Hehe.

 948 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*