Teguran Mufti Kelantan Kepada Khairul Fahmi Che Mat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu ada baca mengenai teguran atau nasihat daripada Mufti Kelantan kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex mengenai kes botol minuman keras di atas meja di sebuat restoran makanan itali di Bukit Bintang baru2 ini….

Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.

sumber : iklanblog-percuma

hmm..ibu sgt bertuju nasihat daripada Mufti Kelantan tu…pada pandangan peribadi ibu pun, takkan lah  apex x tahu ada minuman keras terhidang di situ..if kalau tak tahu sekali pun,  dh tahu tu x payah la duk situ lagi..macam la ada satu tu je restoran kat situ…

semakin lama semakin banyak kontroversi apex ni..mengalahkan artis kan.. prestasi pun makin menurun…mungkin sebab ramai org duk kritik dia kot..ya lah..kalau x mau kena kritik..jaga la perangai..sbb dah jd public figure kan..eh.. x jd public figure pun kena jaga perangai jugak..

ps : hmm.. lelaki baik untuk perempuan yang baik..dan begitu la sebaliknya…jom sama2 muhasabah diri 🙂

 661 jumlah dibaca,  6 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*