Terkini

Rasa macam dah lama ibu tak update blog ni. Tempoh hari, bukan main semangat nak menaip entri tetapi lastly tak ada idea pula. Lagi pun tak ada apa yang istimewa sangat. Perjalanan hidup macam biasa. Cuma ibu nak cerita sedikit pasal buah hati ibu yang seorang ini. Anak Ibu, Mifzal sudah cukup 8 bulan pada 28hb Oktober 2008 yang lepas. Dah besar dah. Sekejap saja rasa masa berlalu.

8 Months Old Boy

Perkembangan tentang Mifzal, sekarang Mifzal dah pandai merangkak. Dah expert dah. Sekejap saja dia kejar. Hehe. Makan pun sekarang makin berselera. Pagi tadi ibu dukung mifzal, huhu tak larat. Lenguh tangan. Tak tahu dah berapa kilo hero ibu ni. Next check up kat klinik pada 15 November 2018 ini. Lambat lagi.

BACA INI : Aktif Blogging

Selera Mifzal

Mifzal sekarang ini dah nak makan nasi. Dulu bagi bubur dia tak mahu. Kalau bagi nasi nak pula. Berselera dia makan. Mungkin bubur tawar kot hehe. Tak kisahlah, asalkan dia nak makan nasi tetapi gigi belum tumbuh lagi. Hehe, selera saja macam orang besar. Kalau nampak ibu minum air sejuk, berebut ngan ibu. Susah hati ibu, mana boleh minum ais lagi tapi ada lah pernah ibu terkasi sebab dia siap menangis lagi. Huhu, tak boleh minum depan dia, nanti dia pun nak sama. Hehe.

 814 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*