Hari Sabtu Ibu, Mifzal & Abah

Dari pagi sampai ke petang, kerja ibu hari ni adalah mengemas rumah. Setelah lama dah rumah sewa ibu ini berselerak. Memang ibu tak sempat nak mengemas pada hari-hari biasa. Penat weh! Balik dari kerja, sampai rumah rasa nak landing terus. Tapi  kan, walaupun dah puas mengemas. Hehe, rumah ibu still tak kemas juga. Banyak barang tak tahu nak letak di mana. Rumah sempit lah katakan.

Si Boboi Ibu

Dari semalam, Abah Mifzal tak ada kat rumah sebab ada camping di sekolahnya. Kena pantau budak-budak sekolah. Mula-mula ibu ingat semalam sahaja kena tidur seorang. Lepas itu, Abah Mifzal cakap nak balik sekejap sebab ada saudara datang rumah mertua, jadi nak kitaorang berkumpul dan sambut birthday Pak Teh (adik bapa mertua ibu). Jadi, dalam pukul 9.00 malam semalam, ibu pergi ambil Abah Mifzal di sekolahnya yang terletak kira-kira 20 km dari rumah kami. Lepas itu, pagi-pagi lagi sebelum subuh tadi kena hantar abah semula ke sekolah sebab program camping tak habis lagi.

Aktiviti Mengemas

Selepas hantar abah ke sekolahnya semula. ibu pun start lah mengemas rumah sementara anak ibu tengah syok tidur. Kan! dia jaga, dia pula yang ‘mengemas’ nanti. Huhu. Penat sungguh. Sebab dah lama tak exercise kan.

Tengah hari pula, ibu hanya masak simple sahaja iaitu ayam masak sambal kicap. Walaupun simple, tapi tetap mengenyang perut. Hehe.

Bercerita pasal anak ibu pula, perkembangan terbaru Mifzal dah pandai bertepuk amai dah. Hehe, itu pengasuh dia lah yang ajar. Merangkak dah expert sangat dah. Memang tak larat nak kejar. Sekarang ini pula, tengah duduk belajar nak berdiri. Tapi kaki masih tak berapa tegap lagi. Duk goyang-goyang lagi. Cayalah! anak ibu.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



2 Comments

  1. kalau bab mengemas rmh ni.. sampai bila pun tak habis… dpt lak bila ank dh pandai buat sepah..
    kemas.. bersepah.. kemas.. bersepah..
    kalau ibu bekerja.. lagiiiiiiiiiii penat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge