Terkilan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hati rasa sangat terkilan. Hati ibu penuh pengharapan sebenarnya selepas menghantar borang permohonan untuk mengambil peperiksaan KPSL tempoh hari.

image

Gambar Diambil Pada 31 Oktober 2012

Dua hari lepas, ibu dikhabarkan yang nama ibu tiada dalam senarai nama calon-calon peperiksaan untuk menghadiri kursus persediaan peperiksaan yang diadakan bermula petang tadi sehingga 23hb Jan ini. Bukan nama ibu sahaja yang tercicir, tetapi turut tidak tersenarai, 4 lagi rakan sekerja ibu.

Tercicir bukan kerana kami tidak layak tetapi kerana kesilapan teknikal. Borang permohonan yang dihantar hilang tidak dapat dikesan. Tidak sampai kepada penerima. Aduhai, sedih rasa hati.

Borang tersebut sepatutnya dihantar menggunakan tangan ke pejabat negeri oleh salah seorang rakan sekerja ibu sepertimana arahan boss dan pejabat negeri seharusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat sebelum tempoh tamat.

Tidak tahu silap siapa, surat borang permohonan tersebut tiada dalam rekod penerimaan surat di pejabat negeri. Seolah borang permohonan tersebut tidak dihantar. Hati ibu secara otomatik menyalahkan rakan sekerja ibu dalam diam.

Namun ibu perlu akur, sudah tertulis tiada rezeki buat kami untuk kenaikan pangkat kali ini. Perlu menunggu 7 tahun lagi untuk layak memohon kembali peperiksaan ini dengan silibus peperiksaan yang baru.

Menurut boss ibu, pihak pentadbiran pejabat negeri akan mengemukakan rayuan agar nama kami disenaraikan untuk mengambil peperiksaan tersebut tanpa menghadiri kursus persediaan. Tetapi tanpa borang yang entah kemana, ibu rasa harapan kami sangat tipis..

Pasrah!!

Posted from My Samsung Galaxy Note

 1,856 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

8 Comments

  1. ainey, paham sangat rasa ainey skrg ni, sabar dan aju doakan ainey berjaya dalam apa jua yang ainey lakukan. Memang terpaksa akur dan pasrah, moga kawan ainey tu lebih hati2 dalam tindakannya, dont upset, insha allah ada rezeki untuk ainey..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*