Selera Besar Dengan Big Box Pizza Hut

Kebelakangan ini, asyik teringat nak makan pizza saja. Mengidam? Ha ah mengidam yang tak ada isi..hehe :p. Baru je makan hari Ahad lepas. Ini rasa nak makan lagi. Nasib baik, kat tempat ibu tinggal ini tak ada Pizza Hut, kalau tidak, dah jadi pelanggan setia pula. Okay lah, ibu nak kongsi cerita mengenai selera besar dengan Big Box Pizza Hut ini.

menu big box pizza hut
Sangat Menyelerakan

Baru-baru ini, eh!! tak ada lah baru sangat.. 2 minggu lepas, ibu ada beli Big Box Pizza Hut ini. Wow, pada ibu berbaloi ibu harganya. Lagi sepuluh sen nak ke RM40.00, boleh dapatkan 5 menu. Ada pizza, ada ayam, ada spegetti, ada chicken finger dan fun fries. Sepatutnya fun fries tu menu asalnya garlic bread (kesukaan ibu) tapi masa ibu beli tu, rotinya habis, baru nak pergi beli. Malas ibu nak tunggu, gantikan saja dengan fun fries.

Dalam perjalanan balik, rasa menyesal pulak. Huhu, kalau tunggu dapat merasa garlic bread yang disukai. Tak apa lah, cover balik, minggu lepas pun pulun makan pizza…hehe.. Tetapi sangat untung sebenarnya. Dengan harga seperti itu, kita dapat menikmati pelbagai menu. Ada pizza, ayam, fries, chicken finger dan speghetti. Yang speghetti ini sememamgnya kegemaran ibu dan anak ibu, Mifzal. Pulun lah kami makan. 

pizza hut big box
Dapat Rasa Semua Dengan Big Box

Kawan-kawan suka makan menu pizza hut? menu apa yang disukai? Nanti boleh lah beli Big Box ini. Sebab banyak menu dengan satu harga disediakan.

ps : abaikan gambar latar belakang ya..hehe

 1,425 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*