Selamat Hari Raya Aidiladha

Masih tidak terlewat kiranya untuk ibu ucapkan pada semua pembaca blog IbuMifzal.Com, Selamat Hari Raya Haji. Sebenarnya, hari ini baru ibu sempat untuk online. Cuti hujung minggu, ibu sibuk mengemas rumah, yang amat berselerak. Walau pun sampai sekarang masih tak kelihatan kemas juga. Hehe. Selepas itu, pada hari Ahad malam pula, kami bertiga balik ke Trolak untuk menyambut hari raya bersama keluarga Abah Mifzal. Raya kali ini pada ibu, suasananya biasa sahaja. Ibu frust sebenarnya sebab tidak dapat balik ke kampung halaman ibu yang jauhnya beratus kilometer. Rindu lah pada family ibu. Ini semua dek kerana cuti ibu yang dah kehabisan. Zero! Nehi cuti dah! Lagi pun staff lain pakat bercuti. Jadi, ibu lah yang kena jaga office. Huhu. Hari ini ibu keseorangan lah di pejabat.

Salam Aidiladha.

Raya haji tahun ini kurang meriah pun. Baju raya tak beli pun. Bergaya ngan baju raya puasa yang lepas sudah lah. Al-maklumlah, bonus tahunan belum dapat. Gaji dah tinggal ciput. Nasib baik muat lagi baju melayu Mifzal., kopiah saja yang dah ketat. Hehe. Kasihan Mifzal, pakai kopiah sampai berbekas di dahi.

Entri kali ini ibu tak dapat nak share gambar-gambar suasana hari raya di rumah mentua ibu.  Sebab tak ambil gambar pun. Langsung tak teringat. Lagi pun suasanaa macam tak raya sahaja. Cuma ada lah juga jiran-jiran mertua ibu yang menziarah.

Raya di Rumah Mentua

Mifzal lah yang seronok. Sebab di rumah mentua ibu. Ramai lah sepupunya yang duduk melayan dia. Sekejap yang ini dukung, sekejap yang itu pula dukung. Lasak pun makin lasak. Dahi pun dah bercalar. Macamana kena ibu tahu. Tengok-tengok dah bercalar. Mujur tak berdarah. Yang peliknya, tak ada pula dengar dia menangis. Huhu. Ceria sahaja muka. 

Semalam juga, kami balik dari rumah mentua ibu dah pukul 10.00 malam. Mifzal, masuk kereta terus lena. Di rumah nenek dia tadi, tak mahu tidur. Kerja hendak main sahaja. Kan dah letih.. Masuk kereta sahaja terus terbungkang, lena. Hehe. Tapi yang tak seronoknya, tidur Mifzal diganggu oleh selsemanya. Sampai rumah, dia merengek sebab hidung tersumbat. Sambil duduk tenyeh-tenyeh hidung dia itu. Sekali dua dia batuk, lepas itu Mifzal muntah. Banyak pula tu. Sebab sebelum tidur tadi dia banyak menyusu. Mujur tak keluar ikut hidung. Asalnya, ibu ingat yang selsema Mifzal dah ok. Lagi pun,  dah separuh botol ubat selsema dah mifzal minum sebelum ini. Siang hari itu elok sahaja. Tak ada dah bersin dan hingus. Ingat kan dah sembuh. tetapi malam tadi selsema datang lagi. Mungkin sebab cuaca sejuk sangat. Mifzal ini alah pada kesejukkan barangkali. Tak pasang kipas pun, masih mengigil kesejukan. Tetapi, bukan Mifzal sahaja yang kena selsema. Ibu dan Abah Mifzal pun dah kena selsema. Kalau kami yang kena ibu tak kisah sangat pun. Ini Mifzal pun kena. Itu yang buat ibu susah hati tu. Cepat lah sembuh selsema Mifzal. “bagi dekat ibu saja selsema tu, ibu tak kisah. Asal kan adik sihat sentiasa”.

 4,061 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*