Sambung Belajar? Ibu Dalam Dilema!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

 meningkat. Bila lagi kalau bukan sekarang ini ibu sambung belajar kan?. Ya lah, ibu pun teringin juga nak mengenggam segulung ijazah yang sepatutnya dulu lagi ibu dah dapat pegang. Tapi, dek kebodohan diri sendiri, ibu buang peluang itu. Dan, kalau nak dikenangkan memang ibu menyesal sangat. Padan muka ibu. Tapi kan, masa lalu bukan boleh diulang lagi kan. Jadi, ibu kena cari peluang untuk gantikan semula masa itu. Impian untuk bergraduasi tidak pernah hilang.

gambar topi graduasi
Segulung ijazah.

Hmm. Tak mengapa lah. Lupakan kisah lalu. Sekarang ini ibu nak tebus balik kegagalan ibu yang dulu. Ibu nak belajar semula. Tapi, ibu tak ada kelayakan lain selain daripada SPM. Matrik ibu dulu pun rasanya dah tak laku dah kot. Ibu dapat kerja sekarang ini pun dengan guna sijil SPM sahaja. Itu pun lama ibu diinterview. Bukan tanya pasal kerja sangat tetapi penemu duga asyik bertanyakan  sebab kenapa ibu fail masa study dulu. Huhu. Ibu siap menangis lagi. Ya lah, nak cerita fasal kisah yang kita ini tak habis belajar. Sedih tau.

Rezeki Kerja

Mujur lah ada rezeki ibu, dapat juga kerja ini. Ibu ingat lagi, pesan salah seorang panel temu duga pada ibu supaya sambung belajar semula. Pesanan itu juga menjadi antara sebab yang menguatkan rasa keinginan ibu untuk sambung belajar.

Sekarang ini umur ibu dah masuk 30 tahun. Tahun 2009 ini, kalau ikutkan ibu nak terus sambung ambil ijazah. Tapi, boleh ke? Layak ke sebab ibu hanya ada SPM sahaja. Ibu tak ambil STPM pun. Sebelum sambung di UIAM dulu, hanya sempat 2 minggu belajar di tingkatan 6 bawah. Bukan ke syarat kena ada STPM dulu baru boleh apply degree. Kalau hanya SPM, hanya layak untuk Matrikulasi atau pun foundation sahaja kan. Satu hal lah pula nak kena compete dengan budak-budak yang baru habis SPM untuk mohon tempat di universiti. Kalau nak ambil sepenuh masa pun masalah juga. Layak ke ibu untuk apply cuti belajar bergaji? Aduhai, pening memikirkan.

Aduhai, di saat semangat tengah membara, awal-awal dan nampak macam ada pula halangan-halangan. Kalau tak dapat apply biasiswa atau cuti belajar bergaji penuh, ibu perlu sediakan keperluan kewangan juga. Belajar sekarang bukan percuma. Dulu pun bukan percuma, hutang PTPTN ibu bawa sampai sekaran. Paling penting sekali adalah sumber kewangan. Kalau ada ibu boleh belajar sambil berkerja saja. Hendak belajar ini kosnya bukan ratus-ratus tetapi ribu-ribu, mungkin belas ripu atau puluh ribu. Banyak duit nak kena sedia tu. Tapikan, duit macam mana pun masih boleh dicari. Bagaimana pula dengan tanggungjawab? Anak dan suami? Anak pun masih kecil dan masih perlukan perhatian yang penuh. Kerja lagi? Aduhai, besar pengorbanan yang ibu perlu buat. Apa-apa pun, sebenarnya, hendak seribu daya kan.

Terus berfikir sedalam-dalamnya. 

 2,773 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

  1. umur ko dah masuk 30 tahun ke??harussss aku panggei ko akak..ekeke.. klau minat n peluang tu dah ade..bole jer..cume kena pandai bahagi2kan masa la..klau nak tambah anak pun kene pikir 2 kali..takut separuh jalan jugak nanti..anyway..gud lucks 😉

    • harus ke? ekeke..panggil la apa2 pun eda oii..x kisah..tu la..mmg kena betul2 pandai bahagikan masa..psl tmbah anak tu mmg rs cam lmbt lag..tu yg nak amik peluang skang ni..sementara anak masih sorang ni..hehe

  2. uih bile bc entry ko nie, tetiba aku pon bersemngat waja nak futher study ekekeke… p betol la nie.. rs menyesal sbb x sbg bajar dolu… huhuhu

  3. di mana ada kemahuan, disitu ada jalan
    semangat waja gitu..
    aku ada sedara yang masuk u sama ngan anak dia..boleh gak genggam ijazah tu..ko muda lagi..bulihhhh tu…

  4. Salam kenal…

    Mel….di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. insya allah, allah pasti akan memudahkan urusan mel jika niat mel tu ikhlas dan telah tekadkan hati.

    Utk belajar ni, memang memerlukan banyak pengorbanan.. tapi dla yakin, u can manage it.. yg penting… kuatkan semangat…

    all d best for u

  5. rajinnyerr ko nak blajar lagi….mel pun de gak planing mcm tuhh…tp kemalasan lagi besar hehe… skang pk nak buat duit jerr hehe….aku pun dulu larii dari u…hehe….pastu rase rugi plak..name aku dah black list dahh…adeihh…

    • mel ko pun senasib nga anku gak..tu la.. mmg menyesal kan..tp nak buat cemana dah rezeki kita cam ni kan.. x per ada masa lg nak ganti balik..aku pun ntah2 dah blaklist kot..tp aku nak amik kat OUM..ada duit leh blajar..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*