Kejutan Kerja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Masuk office tadi, pagi-pagi lagi ibu dikejutkan dengan berita ada kerani baru akan melapor diri esok di pejabat ibu. Bos dan staff yang lain pun tidak mengetahui hal ini. Bos maklum beliau tidak ada meminta menambah jawatan Pembantu Tadbir baru. Cuma diminta adalah jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi, mengenangkan memang sekarang ini tidak cukup tangan di bahagian Pembangunan di pejabat kami. Tetapi, tak peduli lah. Sekurang-kurangnya bertambah lahh seorang lagi staff di sini. Staff perempuan pula tu, adalah kawan ibu nanti dan ibu pun tak akan boring lagi. Hehe.

kerja di pejabat
Kerja office hour.

Cuma yang ibu terfikir sekarang ini, buat masa ini ibu yang buat kerja-kerja perkeranian dan kewangan walaupun itu sebenarnya bukan bidang tugas hakiki ibu. Ya lah sebelum ini tak ada kerani. Jadi, ibu membantu menjalankan tugas-tugas kerani di samping tugas-tugas hakiki atas arahan pihak atasan. Enviroment kerja sekitar pejabat sahaja sekarang ini. Kalau hendak diikutkan, tugas sebenar ibu banyak kerja di luar pejabat. Hehe.

Tugas Baru

Jadi, mungkin dengan kedatangan kerani baru ini nanti, ibu tak akan buat kerja-kerja perkeranian dan kewangan lagi. Mungkin ibu akan buat kerja hakiki ibu iaitu bidang marketing. Bos tadi ada tanya boleh ke ibu buat Unit Proses? Aduss! Dulu Unit Proses ini dah dimansuhkan di pejabat kami. Pejabat yang besar sahaja yang buat terutamanya di pusat operasi. Kalau kena buat balik, means ibu kena buat jualan lah. Huhu, tak minatnya! Kalau jual online boleh ke barang-barang Agromas ini? Hehe, ibu dah lah tak pandai berniaga-niaga. Macam mana lah nanti. Huhu.

Sebenarnya, sekarang ini ibu dah sangat-sangat selesa dengan tugas-tugas ibu tapi sayangnya semua itu bukan tugas hakiki ibu. Jadi, nanti by hook or by crook, ibu kena buat tugas untuk unit lain sebab kerani yang sepatutnya sudah ada. Mungkin selepas ini ibu akan jarang online di pejabat. Nanti online di rumah sahaja. Aduhai, mesti rindu nanti saat bersenang lenang haha.

Apa-apa pun harap-harap bos beri kerja -kerja pada ibu yang tidak memerlukan ibu keluar kawasan sangat, hehe. Boleh ya bos? Aamiin.

 1,178 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

  1. alahai..pasni jarang le kau bertenet ye ainey? takpela..tu piuk nasik kau jugak..keje la sebaik mungkin (chewah..pandai lak berayat poyo aku ni.. ;P)

  2. nak jual barang?
    hish biar btul ko..
    msti x best kan..
    nnt klu ko dh online msti rindu ko..
    aku kt rumah xder tenet
    cmner nk br ym kat ko kn
    kan kan kan

    • ya la produk IKS la weh..hehe..ko pernah dgr Agromas? tp x sure lg..tgk la apa unit bos aku bg..kalau unit proses tu mmg kena berjual la aku..tp x der la cam uper saleswomen duk paksa org beli brg..ekeke..tu la..kalau x leh tenet..aku pun windu sama korang..mlm2 x ramai duk bertenet..isk..isk..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*