Site icon Blog Ibu Mifzal

Sambung Belajar? Ibu Dalam Dilema!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

 meningkat. Bila lagi kalau bukan sekarang ini ibu sambung belajar kan?. Ya lah, ibu pun teringin juga nak mengenggam segulung ijazah yang sepatutnya dulu lagi ibu dah dapat pegang. Tapi, dek kebodohan diri sendiri, ibu buang peluang itu. Dan, kalau nak dikenangkan memang ibu menyesal sangat. Padan muka ibu. Tapi kan, masa lalu bukan boleh diulang lagi kan. Jadi, ibu kena cari peluang untuk gantikan semula masa itu. Impian untuk bergraduasi tidak pernah hilang.

Segulung ijazah.

Hmm. Tak mengapa lah. Lupakan kisah lalu. Sekarang ini ibu nak tebus balik kegagalan ibu yang dulu. Ibu nak belajar semula. Tapi, ibu tak ada kelayakan lain selain daripada SPM. Matrik ibu dulu pun rasanya dah tak laku dah kot. Ibu dapat kerja sekarang ini pun dengan guna sijil SPM sahaja. Itu pun lama ibu diinterview. Bukan tanya pasal kerja sangat tetapi penemu duga asyik bertanyakan  sebab kenapa ibu fail masa study dulu. Huhu. Ibu siap menangis lagi. Ya lah, nak cerita fasal kisah yang kita ini tak habis belajar. Sedih tau.

Rezeki Kerja

Mujur lah ada rezeki ibu, dapat juga kerja ini. Ibu ingat lagi, pesan salah seorang panel temu duga pada ibu supaya sambung belajar semula. Pesanan itu juga menjadi antara sebab yang menguatkan rasa keinginan ibu untuk sambung belajar.

Sekarang ini umur ibu dah masuk 30 tahun. Tahun 2009 ini, kalau ikutkan ibu nak terus sambung ambil ijazah. Tapi, boleh ke? Layak ke sebab ibu hanya ada SPM sahaja. Ibu tak ambil STPM pun. Sebelum sambung di UIAM dulu, hanya sempat 2 minggu belajar di tingkatan 6 bawah. Bukan ke syarat kena ada STPM dulu baru boleh apply degree. Kalau hanya SPM, hanya layak untuk Matrikulasi atau pun foundation sahaja kan. Satu hal lah pula nak kena compete dengan budak-budak yang baru habis SPM untuk mohon tempat di universiti. Kalau nak ambil sepenuh masa pun masalah juga. Layak ke ibu untuk apply cuti belajar bergaji? Aduhai, pening memikirkan.

Aduhai, di saat semangat tengah membara, awal-awal dan nampak macam ada pula halangan-halangan. Kalau tak dapat apply biasiswa atau cuti belajar bergaji penuh, ibu perlu sediakan keperluan kewangan juga. Belajar sekarang bukan percuma. Dulu pun bukan percuma, hutang PTPTN ibu bawa sampai sekaran. Paling penting sekali adalah sumber kewangan. Kalau ada ibu boleh belajar sambil berkerja saja. Hendak belajar ini kosnya bukan ratus-ratus tetapi ribu-ribu, mungkin belas ripu atau puluh ribu. Banyak duit nak kena sedia tu. Tapikan, duit macam mana pun masih boleh dicari. Bagaimana pula dengan tanggungjawab? Anak dan suami? Anak pun masih kecil dan masih perlukan perhatian yang penuh. Kerja lagi? Aduhai, besar pengorbanan yang ibu perlu buat. Apa-apa pun, sebenarnya, hendak seribu daya kan.

Terus berfikir sedalam-dalamnya. 

 3,002 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version