Resipi Kek Batik

Ibu malu sebenarnya. Hehe, ibu tak pandai masak. Hari Jumaat yang lepas, entah cemana, teringin pula hendak makan kek batik. Ini gara-gara tengok kek batik Eda a.k.a Mama Aina lah ni. Hehe, tengok gambar pun dah meleleh ayaq liuq. Lepas itu datang pula keinginan nak mencuba buat kek batik. Memang sebelum ini ibu tak pernah pun buat kek atau biskut. Selain tidak pandai buat, ibu juga teramat lah malas hendak masak. Hehe. Tak mengapalah, jom lah layan gambar kek batik  versi ibu yang berapa nak batik ini.

Kek batik versi Ibu Mifzal

Ibu kongsikan juga resipi kek batik mudah yang ibu cuba ini. Resipi asal ibu cari dalam Google sahaja.

Resipi Kek Batik Ibu Mifzal

Bahan-bahan:-

300 gram Butter
200 gram Milo
1 tin Susu Cair
1 paket Biskut Marie
1 cawan Gula Halus

Cara Membuatnya :-

1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie ke dalam periuk dan yang dipanaskan dengan api yang kecil.
2. Kacau sehingga pekat .
3. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie. Kacau lagi sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan mampatkan.
5. Sejukkan di dalam peti ais.

 1,915 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

  1. haha..akhirnya ..ngko buat gak kek batik yer…
    wahhh gud try..yg penting tekak kita telan rasa sedap..haha..pehnih leh la try resipi2 lain plak..hehe.. akunyer version letak dua2..koko n milo..tapi koko lebih skit dari milo…

    • ekeke..ini penangan ko la ni..teriur aku..aku pun nk cuba asah bakat gak..aku asalnya pun nak letak koko tp koko aku x sempat beli..pastu telur pun aku x buh..kira aku buat version aku la..ekeke..giler simple..

  2. menjadi jugak la kek batik ko tu..
    sedapnyer guna milo
    aku pun suka milo drpd koko
    bnyk lg ker??meh sini bg kat aku klu ko xnak..hehehe

    • menjadi ke? boleh la ko utk dimakan..tp komen MIL aku..manis sket..ekeke…aku pun suka milo je..bab kalu koko ni rasa cam pahit sket kan…kek batik tuh dah abih dah semalam..hehe..aku yg tukang perabisnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*