Site icon Blog Ibu Mifzal

Resipi Kek Batik

Ibu malu sebenarnya. Hehe, ibu tak pandai masak. Hari Jumaat yang lepas, entah cemana, teringin pula hendak makan kek batik. Ini gara-gara tengok kek batik Eda a.k.a Mama Aina lah ni. Hehe, tengok gambar pun dah meleleh ayaq liuq. Lepas itu datang pula keinginan nak mencuba buat kek batik. Memang sebelum ini ibu tak pernah pun buat kek atau biskut. Selain tidak pandai buat, ibu juga teramat lah malas hendak masak. Hehe. Tak mengapalah, jom lah layan gambar kek batik  versi ibu yang berapa nak batik ini.

Kek batik versi Ibu Mifzal

Ibu kongsikan juga resipi kek batik mudah yang ibu cuba ini. Resipi asal ibu cari dalam Google sahaja.

Resipi Kek Batik Ibu Mifzal

Bahan-bahan:-

300 gram Butter
200 gram Milo
1 tin Susu Cair
1 paket Biskut Marie
1 cawan Gula Halus

Cara Membuatnya :-

1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie ke dalam periuk dan yang dipanaskan dengan api yang kecil.
2. Kacau sehingga pekat .
3. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie. Kacau lagi sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan mampatkan.
5. Sejukkan di dalam peti ais.

 1,801 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version