Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) : Pendaftaran Secara Online Dibuka
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Terbaca info yang sangat bagus di blog Ajumohit [dot] Com mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pendaftaran online PR1MA kini dibuka bermula 8 Disember 2012. Proses pendaftaran secara online ini lebih memudahkan kerana sebelum ini, para pemohon perlu memohon secara manual.
Sedikit info mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00
YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.
Kelayakan Pemohonan
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
- Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Tidak diisytiharkan muflis
- Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian yang terbuka. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik mesti mendiami rumah PR1MA tersebut.
Cara Memohon
Pendaftaran secara online, sila klik link di bawah
http://register.pr1ma.my/Account/Register
Dokumen-dokumen yang diperlukan
* klik gambar untuk lebih jelas
Untuk maklumat lanjuk, sila ke website Perumahan Rakyat 1Malaysia
salam, sy da isi pndaftaran pr1ma ni,,, slps dftar, utk pngsahan akn smpai kt dlm email kn… yg mnjd msalahnya, sy xdpt klip pautan @ link utk nk teruskan pengisian borang permohonan tu…… ADA SAPA2 YANG BOLEH MEMBANTU SAYA X??? sy da email mslah ni kt bhgian pr1ma n xde pe2 feedback n sy jgk da call, smpai xde sape yg jwb… PLZZZZ HELP ME
Saya register perumahan prima tapi masih tiada feedback pengesahan dan terima ke atau tidak on line.
kenapa tak boleh upload file/ dokumen tu. dah banyak kali cuba tetap tak boleh.
Semoga ramai yang dapat manfaat daripada kewujudannya.
Jom baca entri di blog hatiputera : PR1MA Daftar Secara Online
in shaa Allah.
Seronoknya ada rumah sendiri…lama dah mengidam..kalau harga rumah RM1000 dah lama beli..hahaha
Jom baca entri di blog Hafizul : Giveaway Untuk Semua by Pondok Kecil
Kecewa betul…. Baru nak apply sekali pendapatan bawah Rm2500 pulak.. Kata rumah untuk rakyat,,
Jom baca entri di blog Hazmin Hamudin : Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 9 December 2012
wah ni mesti gaji 2500 keatas
Jom baca entri di blog hairulafiz : 3 Blog Pilihan Terbaik
kepada yg layak memohon jangan lepaskan peluang ini 😉
Jom baca entri di blog ajumohit : First time masak laksa goreng