Site icon Blog Ibu Mifzal

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) : Pendaftaran Secara Online Dibuka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terbaca info yang sangat bagus di blog Ajumohit [dot] Com mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pendaftaran online PR1MA kini dibuka bermula 8 Disember 2012. Proses pendaftaran secara online ini lebih memudahkan kerana sebelum ini, para pemohon perlu memohon secara manual.

Sedikit info mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Kelayakan Pemohonan

Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian yang terbuka. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik mesti mendiami rumah PR1MA tersebut.

Cara Memohon

Pendaftaran secara online, sila klik link di bawah

http://register.pr1ma.my/Account/Register

Dokumen-dokumen yang diperlukan

* klik gambar untuk lebih jelas

Untuk maklumat lanjuk, sila ke website Perumahan Rakyat 1Malaysia

 1,450 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version