Jerebu dah sampai ke kawasan tempat ibu. Bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU menunjukkan peningkatan daripada hari semalam. Walaupun bacaan tidak tinggi tetapi kualiti udara sudah tidak sihat.
Risau kerana kami anak beranak ada lelah. Termasuk dalam golongan berisiko tinggi dalam keadaan jerebu ini. Persediaan awal, ibu beli topeng dan ubat yang berkaitan. Jika ada serangan asma, ada juga ubat nanti. Ibu risaukan si kecil ibu itu. Udara yang tidak sihat boleh mengakibatkan penafasan terganggu.
BACA INI : Jerebu di Pulau Pinang Susulan Gempa Bumi Di Utara Sumatera
Sebagai persediaan menghadapi jerebu kali ini, ibu telah siap sedia membeli alatan keperluan seperti pelitup muka dan juga ubat penat atau lelah untuk si kecil ibu. Mungki ada yang sedia tahu, anak ibu Mifzal ada sejarah asma dan pernah dimasukkan ke ward hospital. Jadi, ibu sangat bimbang situasi udara tidak sihat ini jadi meruncing dan ini akan membahayakan kesihatan Mifzal.
Cepat-cepat situasi ini berlalu…
3,279 jumlah dibaca, 10 dibaca hari ini
Leave a Reply