Tempoh hari, ibu ada ceritakan fasal ibu dapat payment dari Infolinks kan. Kali ini, ibu nak cerita tentang pengeluaran duit Paypal ke akaun bank pula. Payment itu telah dikreditkan ke akaun Paypal ibu. Tapi, sebelum ini ibu tak pernah ada pengalaman dengan Paypal ini. Ada akaun sudah lama tetapi baru sekarang ada nilai USD di dalam akaun ini. Sebelum ini kosong sahaja. Hehe. Jadi ibu pun try lah nak keluarkan duit Paypal itu ke akaun bank ibu,
Memula gabra juga sebab 1st time kan buat pengeluaran. Gamble saja. Risau juga sebab akaun Paypal ibu itu tidak verified pun. Mujurlah dalam lebih kurang 4 hari berkerja, duit pun masuk dalam akaun Maybank. Kalau ikutkan makluman dalam email beritahu tempoh pengkreditan adalah selama 2-3 hari berkerja. Tak lah lama pun. Hehe.
Jumlah Pengeluaran Duit Paypal Ke Akaun Bank
Untuk permulaan, nilai pendapatan online sebanyak RM100 lebih ini dah cukup banyak dah pada ibu. Ingat senang ke blogger suam-suam susu macam ibu ini nak dapat duit. Adui jenuh nak perah idea buat entri. Ibu rasa sangat=sangat bersyukur. Kawan-kawan bloger lebih hebat.
BACA INI : Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011
Selepas ini ibu cuba untuk kumpul. Cuba kumpul setahun dulu. Agak-agak boleh dapat banyak tak? Hehe. Kalau banyak, tahun hadapan boleh beli gadget. Haha! Seriuslah, selepas ini ibu nak simpan lah duit blogging ini. Nak beli sesuatu yang nampak. Sebelum ini asyik tak nampak saja ke mana duit blogging pergi. Ihik.
Hehe, sekarang ini ibu rajin pula mencuba pelbagai iklan untuk dipaparkan di blog. Boleh buat tambah pendapatan sampingan kan. Hehe. Ada yang okay tak selain Innity.. Boleh kongsi-kongsi info. 😉
1,351 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Wahh. Terbaik la. Hahaha
Hehe..tq