Lama dah nak share kegembiraan memiliki kereta baharu, Proton X70 pada hujung bulan Julai tahun 2020. Tapi asyik tertangguh sahaja nak berkongsi cerita. Al-maklum lah blog pun dah lama tak berupdate. Sibuk dengan keluarga dan juga kerja. Bila sampai masa nak renew pakej hosting blog, baru lah mencari idea nak menulis agar bebaloi membayar pakej hosting blog yang boleh tahan juga harganya. Jadi baru teringat, yang ibu belum kongsi lagi kisah pembelian kereta idaman tempoh hari.
Ingat lagi entri pembelian kereta pertama ibu sebelum ini, si Hitam Persona Elegance. Rupanya dan hampir 11 tahun usianya. Lama dan banyak berjasa. Sayang sangat dengan si Hitam itu. Sebenarnya, membeli kereta baharu bukan lah dalam perancangan masa terdekat ketika itu. Rasa macam baru je habis bayar bulan-bulan si Hitam itu. Baru setahun merasa bebas komitmen membayar ansuran kereta. Jadi, ibu tidaklah terfikir untuk tergesa-gesa menambah hutang baharu. Akan tetapi, disebabkan pihak Kerajaan telah mengumumkan diskaun cukai jualan kereta 100 % bagi kereta tempatan dan 50 % untuk kereta import ketika itu dan memikirkan sangat banyak penjimatan yang boleh diperolehi untuk membelli kereta idaman. Ibu dan Abah Mifzal, ubah fikiran. Mungkin masa terbaik untuk mendapatkan sebuah kereta baharu.
Akhirnya Proton X70 Dihati
Sebelum membuat keputusan untuk membeli Proton X70, ibu dan Abah Mifzal, sebenarnya berkira-kira sama ada ingin menunggu Proton X50 yang kononnya ketika itu akan dilancarkan tak lama lagi. Kalau bukan Proton X50, mungkin juga Honda HRV. Tetapi mengenangkan, Honda HRV design baru akan dilancarkan pada tahun 2021, maka bimbang pula tak sempat merasa kelebihan diskaun cukai jualan pada tahun 2020. Tetapi, rupanya diskaun tersebut dipanjangkan sampai Jun 2021 rupanya. Hmm…
Oleh kerana, ibu dan Abah Mifzal memang peminat Proton, jadi kami decided untuk membeli Proton X70. Nak tunggu Proton X50 macam lambat pula nak lancar masa itu. Dan sememangnya, kami gembira dengan keputusan untuk memilih X70 dan bukan X50. Kalau tak sekarang pun mungkin masih menunggu kereta tak kunjung tiba dek kerana tempahan yang banyak.
Panjang celoteh pasal keputusan memilih. Sekarang ibu nak share kisah pembelian Proton X70 kami. Alhamdulillah, dipermudahkan. Prosesnya sangat-sangat singkat ibu rasa. Dalam masa 5 hari, Kereta idaman sah, menjadi milik kami. Semasa mengunjungi showroom Proton, kebetulan, stock Proton X70 Premium Snow White baru sahaja sampai dan dipakirkan di kawasan showroom. Sembang-sembang dengan Sale Advisor, kira kelayakan untuk pinjaman semua. Kemudian, terus submit documents yang diperlukan. Hari Sabtu iaitu hari yang sama SA hantar dokumen ke Maybank. Hari Isnin, bank called ibu, sembang-sembang. Kemudian, hari Selasa, SA called ibu beritahu pinjaman dah lulus dan minta segera ke bank untuk sign agreement. Lepas signed agreement, bayar deposit semua. Petang hari Rabu ambil kereta baharu. Yeayy! Cepatkan prosesnya. Kalau stok belum ada, memang masak juga rasanya menunggu, sebab ada juga kes yang kena tunggu sampai 2-3 bulan. Tak sanggup ibu nak tunggu lama-lama. Hehe.
ps : Nanti ibu kongsikan pula pengalaman memandu si snowy ini 😀
2,325 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Saya pula masih menanti giliran untuk dapat Mitsubishi Xpander, dah 3 bulan menanti.
lama tu 3 bln tunggu.. kalau sy x sanggup hehe.. tahniah.. nnt dpt kereta baharu..
cantik!! memang smart proton yang baru ni kan, cepat proses tu ainey, sekejap je dah dapat kereta baru
tu la.. cepat sangat rasanya..alhamdulillah dipermudahkan.