Mouse K-Drama Terbaru Lakonan Lee Seung Gi

Lama tak share k-drama terkini di laman blog ibu ini. Last, ibu kongsi pun k-drama Lovely Horribly. Kali ini, ibu nak kongsikan drama terbaru lakonan pelakon kegemaran ibu iaitu Mouse k-drama terbaru lakonan Lee Seung Gi (이승기). Ibu memang sangat minat dengan bakat Lee Seung Gi. Memang menjadi dia  berlakon. Kali ini, Lee Seung Gi muncul dengan drama berkonsepkan thriller psikopat. Drama Mouse ini atau 마우스 ialah drama on-going yang masih ditayangkan dan belum habis episodnya ketika ini. K-drama ini ditayangkan di saluran TVN pada hari Rabu dan Khamis, jam 10.30 malam bermula 3 Mac hingga 6 Mei 2021. Mengandungi 20 episod yang pastinya membuat penonton teruja untuk melihatnya. Selain Lee Seung Gi, turut dibintangi oleh Lee Hee Jun, Park Ju Hyun dan Kyung Soo Jin.

Mouse k-drama terbaru lakonan Lee Seung Gi
Mouse

Ibu, pada mulanya, belum mahu menonton lagi drama ini kerana ingin menunggu semua episodnya ditayangkan. Kebiasaannya ibu menonton di aplikasi Viu di handphone sahaja. Tetapi dek kerana pengaruh adik-adik ibu yang mengatakan cerita ini sangat best untuk ditonton, jadi ibu tidak sabar juga. Tak mengapalah, walaupun terpaksa menunggu episod-episod akan datang ditayangkan. Namun, selepas menontonnya sehingga episod 6 setakat entri ini ditulis, ibu jadi geram pula sebab lama sangat perlu tunggu. Adui, jadi sangat-sangat tak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku dalam episod seterusnya. Drama ini memang menguji minda dan tahap kesabaran. Geram dan stress semua ada. Plot ceritanya yang suspen memang membuatkan orang yang menontonnya berada di dalam tekanan. Heheh…begitu sekali ya.

BACA INI : K-Drama Lovely Horribly

Sinopsis Mouse K-Drama Terbaru Lakonan Lee Seung Gi

K-drama ini mengisahkan DNA seorang psikopat yang cenderung untuk melakukan jenayah pembunuhan bersiri dapat diketahui dari ketika sebelum lahir lagi. Bermula dengan kisah pembunuhan bersiri yang kejam digelar Head Hunter yang heboh kerana telah membunuh banyak nyawa. Satu cadangan untuk membuat undang-undang bagi membolehkan ujian DNA untuk menentukan sama ada bayi yang dikandung mempunyai genetik psikopat tetapi telah ditolak oleh Kerajaan pada ketika itu.

Sung Ji Eun (Kim Jung Nam) sedang mengandung anak sulungnya ketika suaminya Han Seo Joon ditangkap dan dihukum. Suaminya adalah merupakan pembunuh bersiri Head Hunter. Beliau melakukan ujian DNA tersebut dengan bantuan rakannya Dr Daniel Lee (Jo Jae Yun). Keputusan ujian menunjukkan anak yang dikandungnya mempunyai genetik psikopat. Ketika itu juga, terdapat seorang wanita yang kematian suami turut membuat ujian tersebut dan keputusannya juga adalah anak yang dikandungnya turut mempunyai gen psikopat. Walau bagaimanapun, wanita itu tidak percaya dan yakin anaknya akan mewarisi sikap bapa yang sangat baik hati.

Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) merupakan seorang polis yang bertugas di sebuah balai polis yang kecil. Beliau merupakan seorang yang baik hati dan selalu ingin menegakkan keadilan. Manakala, Ko Moo Chi (Lee Hee Jun) adalah anak seorang mangsa pembunuhan Head Hunter yang membesar menjadi polis dan berusaha untuk menangkap pembunuh bersiri oleh seorang psikopat yang mengemparkan negara pada waktu itu. Jung Ba Reum turut membantu Ko Moo Chi dalam usaha untuk menangkap pembunuh tersebut. Walau bagaimana pun, kehidupan Jung Ba Reum berubah setelah dia berhadapan dengan pembunuh tersebut.

Apakah perubahan yang berlaku kepada Jung Ba Reum? Nak tahu, kena terus menonton untuk mengetahui kesudahan drama ini di ViU

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1497 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. risau nak tengok sebab nanti terjebak hahaha. Tapi dulu suka betul tengok running man dan law of the jungle, memang seronok tengok aksi spontan diorang

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*