Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!


Mood Belajar & Kerja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Risaunya hati bila memikirkan study ibu ini. Mood belajar entah ke mana menghilang. Mood malas sahaja yang muncul. Minggu depan ibu ada kelas, ada 2 assignment yang perlu dihantar, ada kuiz dan ada peperiksaan pertengahan semester. Aduhai, kecut perut. Tiada apa-apa persediaan langsung yang ibu buat.

Sumber Gambar Hiasan : Google

Semester Januari ini tidak ibu rasakan seperti semester-semester sebelumnya. Bukan tidak kisahkan study tetapi seperti tidak larat rasanya nak menghalang perasaan malas itu datang bertandang.

Kadang-kadang rasa seperti jemu pula. Aduhai, berat juga cabaran belajar di usia yang semakin meningkat ini. Bukan halangan luar tetapi halangan dalaman..halangan diri sendiri.

Kerja di pejabat pula sebenarnya tidak lah sesibuk mana. Tetapi silap ibu juga, suka bertangguh kerja. Kerja jadi bertimbun. Pada ibu, membuat kerja last minute lebih mencabar dan seolah mendesak ibu melakukannya dengan pantas. Mujur ibu berkerja dengan seorang boss yang memahami cara kerja ibu.

Sabtu ini terpaksa berkerja lebih masa pula. Kerja mengiringi peserta ke sesuatu program sememangnya tidak ibu gemari, tambahan pula di hujung minggu. Tetapi, bila jadi pekerja “Yang menurut perintah”, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tidak sabar pula ingin menghabiskan pelajaran ibu ini. Ya! tidak sabar untuk memohon bertukar kerjaya.

Oh!! Mood belajar dan kerja yang ke laut 🙁

ps : Mifzal Arsyad demam, batuk dan selesema. Lekaslah sembuh anak kesayangan ibu. 

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

You may also like...


14 Responses

  1. Syam berkata:

    Mungkin passion takda?

    Ibu Mifzal tulis: “mood blogging ada plak”..
    maknanya blogginglah perkara yang terbaik untuk Ibu Mifzal. mungkin..

    Saya nak kongsikan satu quote dari Steve Jobs –

    “You’ve got to find what you love.”

    =)

  2. Sara berkata:

    biasala hduo kekadang ade jgk rase down skjp
    Jom baca entri di blog Sara : Koleksi Lagu Tema Duri Di Hati Azalea Tv3My Profile

  3. Hafizul berkata:

    Emm biasa la tu kan..pasang surut perasaan..nanti kejap lagi hilang la tu..kesian mikfzal demam yer..semoga lekas sembuh yer..hehe
    Jom baca entri di blog Hafizul : Pendapatan Pertama Dari Panduan Baju KurungMy Profile

  4. Ummi Hanie berkata:

    rajinnya ibu mifzal sambung blajar…

    sebenarnya itu pun impian sy, tp mungkin sy x sekuat semangat ibu mifzal…

    apapun, semoga selamat habiskan study ye 😉
    Jom baca entri di blog Ummi Hanie : Memohon lesen syarikat perniagaan dari SSM tidaklah susahMy Profile

  5. ajumohit berkata:

    semangat mari lah datang, kalau dah byk sangat nak difikir mmg serabut kepala kan ainey, takpe relax dahulukan mana sepatutnya, buat boboi mg cpt sihat
    Jom baca entri di blog ajumohit : WW ~ Makan coklat dan tertidurMy Profile

  6. ohcikgu berkata:

    ambil kos apa masa belajar nih?
    Jom baca entri di blog ohcikgu : Saya nak kahwin dengan cikgu, boleh??!My Profile

  7. hafiz berkata:

    sabar dan tenang ibu, semoga segala2 berjalan dengan lancar
    Jom baca entri di blog hafiz : Heroku Aiman genap 3 tahunMy Profile

  8. Hazmin Hamudin berkata:

    Memang berat hendak belajar kalau sudah berkeluarga.. Perlukan kerajinan yang lebih
    Jom baca entri di blog Hazmin Hamudin : Ranking Alexa Semakin MenurunMy Profile

  9. itu la pasal…rtp yg pelik mood blogging ada plak..hehe

  10. fazilzura berkata:

    uhuhuhuh sabo la yew…. rs cm masa sgt pack kan …

    tu yg daku ni x smbung2 study dh , lg plak now dh 2 anak .. rs cm cpt sgt masa berlalu smp kdng2 xde kualiti time dgn family yg ptning daku bkn seorg yg workaholic yew

  11. hafizmd berkata:

    Moga Ibu Mifzal kuat semangat utk teruskan belajar.

    Bab halangan dalaman tu jugak mungkin menyebabkan ambe belum sedia utk sambung belajar. Cita2 mmg ada =)

    Selamat berjaya yer
    Jom baca entri di blog hafizmd : Daftar Kakak Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge