Jom Belajar!

Jom belajar macam Mifzal. Amboi, seronok Mifzal bila ibu belikan meja dan kerusi kecik buat anak ibu ini belajar. Semangat nampaknya siap buat peace. Meja kopi sebenarnya ini, beli di Tesco sahaja dan pasang sendiri. Mudah sangat. Saiznya kecil sangat sesuai untuk Mifzal. Senang untuknya membuat kerja sekolah.

jom belajar

Oh! Ya, Mifzal sekarang sudah berumur 5 tahun. Ibu sudah menghantarnya ke Tadika Kemas yang berdekatan dengan pejabat ibu. Senang untuk menghantar dan mengambilnya. Lagi pun memang sejak ibu hantarnya ke Taska Permata lagi, si kecil ini tak mahu berjauhan dengan ibu. Nak ibu yang hantar. 😀

Jom Belajar

Sekejapan rasa masa berlalu. Anak pun sudah 5 tahun. Ibu juga telah mendaftar Mifzal ke prasekolah, juga sekolah yang berdekatan dengan pejabat ibu. Insya Allah, tahun hadapan Mifzal sudah boleh bersekolah secara rasmi di sekolah kebangsaan. Doakan Mifzal berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.

 1,109 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

    • hehe..sbnrnya tu bukan meja study tp side table..murah je beli kat tesco..mmg niat nak cari yg satu set meja study utk mifzal to x jumpa plak yg berkenan kt area sini..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*