Site icon Blog Ibu Mifzal

Mood Belajar & Kerja

Risaunya hati bila memikirkan study ibu ini. Mood belajar entah ke mana menghilang. Mood malas sahaja yang muncul. Minggu depan ibu ada kelas, ada 2 assignment yang perlu dihantar, ada kuiz dan ada peperiksaan pertengahan semester. Aduhai, kecut perut. Tiada apa-apa persediaan langsung yang ibu buat.

Sumber Gambar Hiasan : Google

Semester Januari ini tidak ibu rasakan seperti semester-semester sebelumnya. Bukan tidak kisahkan study tetapi seperti tidak larat rasanya nak menghalang perasaan malas itu datang bertandang.

Mood Belajar & Kerja

Kadang-kadang rasa seperti jemu pula. Aduhai, berat juga cabaran belajar di usia yang semakin meningkat ini. Bukan halangan luar tetapi halangan dalaman..halangan diri sendiri.

Kerja di pejabat pula sebenarnya tidak lah sesibuk mana. Tetapi silap ibu juga, suka bertangguh kerja. Kerja jadi bertimbun. Pada ibu, membuat kerja last minute lebih mencabar dan seolah mendesak ibu melakukannya dengan pantas. Mujur ibu berkerja dengan seorang boss yang memahami cara kerja ibu.

Sabtu ini terpaksa berkerja lebih masa pula. Kerja mengiringi peserta ke sesuatu program sememangnya tidak ibu gemari, tambahan pula di hujung minggu. Tetapi, bila jadi pekerja “Yang menurut perintah”, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tidak sabar pula ingin menghabiskan pelajaran ibu ini. Ya! tidak sabar untuk memohon bertukar kerjaya.

Oh!! Mood belajar dan kerja yang ke laut 🙁

ps : Mifzal demam, batuk dan selesema. Lekaslah sembuh anak kesayangan ibu. 

 1,230 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version