Risaunya hati bila memikirkan study ibu ini. Mood belajar entah ke mana menghilang. Mood malas sahaja yang muncul. Minggu depan ibu ada kelas, ada 2 assignment yang perlu dihantar, ada kuiz dan ada peperiksaan pertengahan semester. Aduhai, kecut perut. Tiada apa-apa persediaan langsung yang ibu buat.
Semester Januari ini tidak ibu rasakan seperti semester-semester sebelumnya. Bukan tidak kisahkan study tetapi seperti tidak larat rasanya nak menghalang perasaan malas itu datang bertandang.
Mood Belajar & Kerja
Kadang-kadang rasa seperti jemu pula. Aduhai, berat juga cabaran belajar di usia yang semakin meningkat ini. Bukan halangan luar tetapi halangan dalaman..halangan diri sendiri.
Kerja di pejabat pula sebenarnya tidak lah sesibuk mana. Tetapi silap ibu juga, suka bertangguh kerja. Kerja jadi bertimbun. Pada ibu, membuat kerja last minute lebih mencabar dan seolah mendesak ibu melakukannya dengan pantas. Mujur ibu berkerja dengan seorang boss yang memahami cara kerja ibu.
Sabtu ini terpaksa berkerja lebih masa pula. Kerja mengiringi peserta ke sesuatu program sememangnya tidak ibu gemari, tambahan pula di hujung minggu. Tetapi, bila jadi pekerja “Yang menurut perintah”, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tidak sabar pula ingin menghabiskan pelajaran ibu ini. Ya! tidak sabar untuk memohon bertukar kerjaya.
Oh!! Mood belajar dan kerja yang ke laut 🙁
ps : Mifzal demam, batuk dan selesema. Lekaslah sembuh anak kesayangan ibu.
1,229 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Mungkin passion takda?
Ibu Mifzal tulis: “mood blogging ada plak”..
maknanya blogginglah perkara yang terbaik untuk Ibu Mifzal. mungkin..
Saya nak kongsikan satu quote dari Steve Jobs –
“You’ve got to find what you love.”
=)
biasala hduo kekadang ade jgk rase down skjp
Emm biasa la tu kan..pasang surut perasaan..nanti kejap lagi hilang la tu..kesian mikfzal demam yer..semoga lekas sembuh yer..hehe
rajinnya ibu mifzal sambung blajar…
sebenarnya itu pun impian sy, tp mungkin sy x sekuat semangat ibu mifzal…
apapun, semoga selamat habiskan study ye 😉
semangat mari lah datang, kalau dah byk sangat nak difikir mmg serabut kepala kan ainey, takpe relax dahulukan mana sepatutnya, buat boboi mg cpt sihat
ambil kos apa masa belajar nih?
sabar dan tenang ibu, semoga segala2 berjalan dengan lancar
Memang berat hendak belajar kalau sudah berkeluarga.. Perlukan kerajinan yang lebih
itu la pasal…rtp yg pelik mood blogging ada plak..hehe
uhuhuhuh sabo la yew…. rs cm masa sgt pack kan …
tu yg daku ni x smbung2 study dh , lg plak now dh 2 anak .. rs cm cpt sgt masa berlalu smp kdng2 xde kualiti time dgn family yg ptning daku bkn seorg yg workaholic yew
thanks zura..
kalau pandai bg masa sbnrnya boleh atasi. tp hati kena kuat la tahan cabaran study ni..
Moga Ibu Mifzal kuat semangat utk teruskan belajar.
Bab halangan dalaman tu jugak mungkin menyebabkan ambe belum sedia utk sambung belajar. Cita2 mmg ada =)
Selamat berjaya yer
terima kasih..
itu lah..kena kuat tepis halangan dalaman tu..