Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Monthly Bandwidth Qouta, Sempat Ke Sampai Hujung Bulan?


Aduhai. Semput bila tengok monthly bandwidth qouta untuk bulan ini. Belum sampai tengah bulan tapi dah cecah 78% dah. Huhu, sempat ke tak ini nak sampai hujung bulan. Ada lebih 15 hari lagi nak habis bulan Oktober 2011.

monthly bandwidth qouta

Hosting Package

Sejak upgrade pakej web-hosting ini seperti yang ibu pernah ceritakan dalam entry Sudah Upgrade Pakej Hosting! 🙂, Qouta untuk bandwidth telah meningkat dari 30GB kepada 60GB. Ibu rasa itu dah mencukupi. Tetapi, rupanya tidak. Tak sangka pula pada bulan ini trafik semakin bertambah. Peningkatan drastik trafik blog IbuMifzal.Com bagi bulan Oktober 2011 ini adalah gara isu keyword Bajet 2012. Walaupun telah dibentangkan pada 7 Oktober yang lepas tetapi keyword tersebut masih lagi hangat dicari para pembaca.

Habis Monthly Bandwidth Qouta

Ibu terkejut juga bila melihat analitik Nuffnang. Wah! dalam sehari unique visitors boleh mencecah 10000 hingga 11000 pelawat dan pageviews pula lebih 28000. Oh! Ibu rasa sangat teruja.

monthly bandwidth qouta

Bulan Oktober 2011 Punya

Trafik memang tidak dijamin akan kekal seperti sekarang tetapi jika keadaan ini berterusan memang akan kehabisan monthly bandwidth qouta lagi bagi bulan ini. Dari segi trafik blog memang ibu harap sentiasa bertambah, tapi dari segi kemampuan pengendalian blog pula, kenalah tanya poket dulu. Kena lah spare duit lebih untuk upgrade pakej lagi. Sanggup? Ah! Kalau pasal blog, ibu memang sanggup. Huhu. Pasrah.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge