Masa ibu tulis entri ni, Mifzal masih belum tidur lagi. Macam semalam, susah nak tidur. Last-last, bila ibu pun dah penat, ibu suruh Abah Mifzal pula yang jaga Mifzal. Boleh ibu ber’online‘ sekejap. Hehe. Jangan marah ya Abah Mifzal. Sekejap sahaja. :p
Tadi dalam jam 8.00 malam, ibu duduk melayan Mifzal sambil tengok berita. Ibu biar sahaja Mifzal main dengan mainan dia. Abih bersepah mainan dia kerjakan. Mata ibu pula ralit melihat berita di tv. Ibu tidak sedar masa bila Mifzal berdiri sendiri sambil berpaut di meja kecilnya. Cepat-cepat ibu suruh Abah Mifzal ambil gambar Mifzal tengah berdiri. Horray!!. Satu lagi perkembangan terbaru Mifzal Mifzal dah pandai berdiri sendiri.
Dah Boleh Berdiri
Semalam juga Mifzal dengan beraninya berdiri sambil lepaskan tangan. Tetapi, nasib baik ibu sempat pegang. Kalau tidak ‘kedebuk‘ lah jatuh. Badan itu bukannya tegap lagi, tapi dah lagak cam budak dah besar. Hehe.
935 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
skrg mesti dh galak memanjak kan….
ha ah sekarang tak dan nak kejar dah..panjat, berlari..laju je..hehe
bagus, satu perkembangan yg positif ni… chayok!!!
haha..chaiyokkk!!
wah, nengok semua blog ader baby terasa lagilah x sabar-sabar nak baby lagi, tapi tulah blum ader rezeki akak lagi
insya Allah, ada la rezeki tu tak lama lg..
gud boy…. pasnie cepat jalan n belari yer hehehe…
kan..x lama lagi boleh berlari.
wahh…congrate mifzal. go mifzal…ekekekek. abahnya nak bersenang lenang la tu..ekekek. ainey….ko dpt huggies ultra tu kan…brape point bonus ekk??
point bonus? cemana tuh? kira cemana..x tau la.
cepatnye anak ko ainey…..anak aku dulu 11 bulan baru merangkak tau…pas 2 mggu baru dirik..cukup 1 thn baru jalan..kira merangkak tuh lambat la..tapi 2mggu je de leh diri dah..
kira agak cepat gak ler..bab 8 bulan dah leh merangkak, 8 bulan 2 minggu dah leh berdiri..semalam pun siap nak lepas tangan tu si mifzal ni ..hehe..berlagak cam org dah terer berdiri…tp badan lembik lagi..ekekek…
wahhhh…
dah pandai beridiri! blajar jalan cepat. dera mak ngko! muahahahaha..
hahah..dah leh jalan nnt x tau la cemana..skang ni pun dah x larat nak kejar..cepat jer merangkak..speed laju wooo…
hmm congrates mifzal.. huhu agaknya dlm segala segi anak ku lambat kot 🙁
ala..hana pun cepat gak perkembangan dia..time mifzal blm leh duduk…dia dah leh duduk…