Masa ibu tulis entri ni, Mifzal masih belum tidur lagi. Macam semalam, susah nak tidur. Last-last, bila ibu pun dah penat, ibu suruh Abah Mifzal pula yang jaga Mifzal. Boleh ibu ber’online‘ sekejap. Hehe. Jangan marah ya Abah Mifzal. Sekejap sahaja. :p
Tadi dalam jam 8.00 malam, ibu duduk melayan Mifzal sambil tengok berita. Ibu biar sahaja Mifzal main dengan mainan dia. Abih bersepah mainan dia kerjakan. Mata ibu pula ralit melihat berita di tv. Ibu tidak sedar masa bila Mifzal berdiri sendiri sambil berpaut di meja kecilnya. Cepat-cepat ibu suruh Abah Mifzal ambil gambar Mifzal tengah berdiri. Horray!!. Satu lagi perkembangan terbaru Mifzal Mifzal dah pandai berdiri sendiri.
Dah Boleh Berdiri
Semalam juga Mifzal dengan beraninya berdiri sambil lepaskan tangan. Tetapi, nasib baik ibu sempat pegang. Kalau tidak ‘kedebuk‘ lah jatuh. Badan itu bukannya tegap lagi, tapi dah lagak cam budak dah besar. Hehe.
936 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini