Merasa Juga Burger Bakar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Dah lama teringin nak makan burger bakar. Selalu nampak dekat facebook, kawan-kawan facebook ibu yang upload gambar burger bakar. Leleh liur tengok gambar burger bakar yang mengiurkan.

Ibu ingat di pekan kecil di kawasan tempat tinggal ibu ini, tak ada orang jual burger bakar. Tetapi ada rupanya. Beli burger bakar ini di Pekan Bidor. Gerai burger kecil sahaja tetapi satu-satu nya, gerai yang menjual burger bakar di sini.

Yang membuat burger bakar ini lain dari burger gerai biasa ialah daging burger nya. Home made punya. Rasanya memang berlainan dari burger biasa. Lebih berempah. Saiznya tidak besar mana. Tetapi harga nya agak mahal berbanding burger biasa. 3 biji burger bakar ini, Abah Mifzal beli dengan harga RM22.50. Satu biji harganya RM7.50. Tak boleh makan selalu. Sekali sekala boleh lah.

burger bakar home made

Mifzal Arsyad peminat burger tetapi dengan burger bakar ini, tak habis pun dia makan. Katanya pedas dan keras. Hehe. Kalau burger yang biasa itu, 2 biji pun tidak cukup. Daging burger bakar ini lebih perisa lada hitam dan agak tebal. Tidak nipis dan lembut seperti daging burger biasa.

Pertama kali makan burger bakar di gerai ini, ibu bagi rating 3/5. Yang berdekatan Bidor, jika mahu mencuba burger bakar boleh lah ke gerai burger bakar ini yang terletak berhampiran Dewan Muhibbah Bidor, Perak dan bertentangan dengan Klinik Dr Zabidah.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



12 Comments

  1. Jom try burger bako kt tapah road perak,ramai org kata sedapppp…xcaye meh cube!
    Harga serendah rm3

  2. tu la.. selalu tengok kawan2 post kt fb pasal beger bakar sampai terliur kita yng nengok ni.. hehe.. dah penah try skali, tapi xkena ngan selera sue la, beger biasa gak terbaik bg sue.. ngam2 boleh buat sue kenyang, kalau beger bakar tak abis makan sebab besar sangat..hehe
    Jom baca entri di blog suraya : Bercuti di Kampung MertuaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge