Site icon Blog Ibu Mifzal

Merasa Juga Burger Bakar

Dah lama teringin nak makan burger bakar. Selalu nampak dekat facebook, kawan-kawan facebook ibu yang upload gambar makanan ini. Leleh liur tengok gambar burger bakar yang mengiurkan. Ibu ingat di pekan kecil di kawasan tempat tinggal ibu ini, tak ada orang jual burger bakar. Tetapi ada rupanya. Beli burger ini di Pekan Bidor. Gerai burger kecil sahaja tetapi satu-satu nya, gerai yang menjual burger bakar di sini. Merasa juga burger bakar.

Merasa juga burger bakar

Yang membuat burger bakar ini lain dari burger gerai biasa ialah daging burger nya. Home made punya. Rasanya memang berlainan dari burger biasa. Lebih berempah. Saiznya tidak besar mana. Tetapi harga nya agak mahal berbanding burger biasa. 3 biji burger bakar ini, Abah Mifzal beli dengan harga RM22.50. Satu biji harganya RM7.50. Tak boleh makan selalu. Sekali sekala boleh lah. Buat lepas kempunan ibu. Dapat merasa juga burger bakar.

Burger Bakar Sedap

Kalau tengok pada gambar burger bakar yang ibu beli ini. Memang mengiurkan. Ibu suka. Memang burger bakar lebih best dari burger proses kilang. Lebih juicy orang cakap. Maklumlah, homemade. Mungkin kerana title homemade itu yang membuatkan harga nya sedikit mahal berbanding dengan burger yang biasa kita beli di tepi jalan yang menggunakan burger frozen. Namun, sos yang digunakan juga turut memainkan peranan. Sekiranya sos yang digunakan bersesuaian memang akan menambahkan lagi kesedapan memakan burger

Mifzal peminat burger tetapi dengan burger bakar ini, tak habis pun dia makan. Katanya pedas dan keras. Hehe. Kalau burger yang biasa itu, 2 biji pun tidak cukup. Daging burger bakar ini lebih perisa lada hitam dan agak tebal. Tidak nipis dan lembut seperti daging burger biasa.

Pertama kali makan burger bakar di gerai ini, ibu bagi rating 3.5/5. Yang berdekatan Bidor, jika mahu mencuba burger bakar boleh lah ke gerai burger bakar ini yang terletak berhampiran Dewan Muhibbah Bidor, Perak dan bertentangan dengan Klinik Dr Zabidah.

 3,684 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version