Baru sekarang ibu berkesempatan untuk menebus point Astro Circle. Bertahun kumpul mata, tetapi tak dapat banyak pun. Sehingga bulan Februari 2017, baru 2200 lebih mata yang berjaya dikumpul. Sebenarnya jumlah itu tidak termasuk dengan mata terkumpul yang telah expired. Sayang kan! Rugi tidak tebus awal-awal. Setiap bulan dari 170 mata sehingga hanya 70 mata sahaja untuk semasa dapat dikumpul. Ibu dah banyak kali downgraded pakej Astro ini. Dari Superpack kepada pakej basic plus channel fun & learning. Itu pun tak sempat juga nak tengok tv. Selalunya si kecil kesayangan ibu itu yang conquer.
Eh! sebenarnya bukan nak cerita pasal pakej Astro, tetapi ibu nak kongsi cerita ibu pertama kali tebus mata terkumpul Astro Circle akaun yang ibu langgan. Mudah sahaja caranya.
Cara Menebus Point Astro Circle
1. Log masuk ke akaun Astro Circle
2. Pilih hadiah yang berkenan. Ibu pilih Jurnal Saimdong (K-Drama) yang bernilai 2000 mata. Pastikan nilai mata hadiah yang ditebus tidak melebih mata yang terkumpul. Kan transaksi gagal pula. Hehe.
3. Dah pilih, klik pada pautan REDEEM NOW
4. Kemudian, masukkan kuantiti hadiah yang ingin ditebus serta pastikan maklumat diri dan alamat penerima hadiah adalah tepat. Kan tak sampai pula barang hehe..
5. Selepas itu, klik butang SUBMIT
Order akan diproses dan dihantar dalam masa 14 hari. Jadi tunggu sahaja posmen datang hantar barang yang ditebus. Mudah kan!!
BACA INI : Yihaa!! Menang Hadiah Daripada Huggies
Tak lama pun menunggu hadiah sampai. Tak sampai 14 hari pun.
1,482 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
saya dah cuba…knp unsuccessfull ye? tau x agak2
kami baru nak tebs remote ehehehe
redeem jgn x redeem..rugi point expired gitu je kan..