Mandi Manda Di Hot Spring Sungai Klah (TRAP)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hot Spring (TRAP) Sungai Klah

Dah lama nak tulis entri ini, tapi selalu tangguhkan dulu. Kira cerita pun dah agak basi dah. Tapi, sebagai blogger, ibu mesti nak juga kongsi kat blog sebagai kenangan…hehe. Kejadian ini dah lama dah. Di hujung bulan Oktober 2012. Dah lama peram, baru sekarang ada masa nak buat entri. :p

ready ke hot spring sg klah

Mifzal Arsyad (Boboy) memang sangat teruja bila diajak untuk mandi manda. Mujur lah ada tempat mandi manda yang berdekatan dengan rumah. Kalau jauh, susah jugak nak bawa selalu.

Hot spring sg klah

Hot Spring Sungai Klah atau Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) ini berdekatan sahaja dengan rumah ibu. Jaraknya hanya 15 km sahaja. Walaupun dekat, masih boleh dibilang dengan jari berapa kali ibu bawa Boboy ke sini. Al maklumlah, ibu selalu kesibukan 😀

Hot Spring (TRAP) Sg. Klah

Seronok melihat Boboy dan Abah Mifzal berendam. Ibu seperti biasa, tukang ambil gambar je. Di Hot Spring Sungai Klah ini, ibu agak kurang gemar mandi manda di sana kerana pengunjungnya yang ramai.

Berendam Di Hot Spring

Jenuh memujuk dak Boboy ini balik. Dah lama berendam pun tak puas lagi. Sebenarnya, Hot Spring Sungai Klah ini, lebih dikenali dengan kolam air panasnya, tapi, kami sekeluarga biasanya, jarang ke kawasan air panas. Selalunya, kolam air sejuk ini sahaja jadi tumpuan.

Bestnya Mandi Manda

Posted from My Samsung Galaxy Note

 

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


8 Responses

  1. Jebeng Otai™ berkata:

    mmg hot tempat ni..hehe

  2. Sara berkata:

    lame dh tak g mandi manda nih..hmmm kena pegi jugak nanti.. 🙂
    btw dh besau boy kt atas tu yer ..
    Jom baca entri di blog Sara : GAMBAR RATU CANTIK ARAB SAUDI???My Profile

  3. Hafizul berkata:

    Hehe..bila la nak bawakan anak sy berkelah ke tempat menarik selain dari air panas kg sy,..gambang pun ok jugak..hehe
    Jom baca entri di blog Hafizul : Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  4. Cikgu Hairul berkata:

    Saya nak pegi gak hujung bulan ni. dah kali kedua.. kali pertama macam tak puas la plak.
    Jom baca entri di blog Cikgu Hairul : Prasarana Treasure Hunt 2012My Profile

  5. ajumohit berkata:

    mmgg seronok kan ibu, budak-budak kalau dpt mandi mmg tanknak balik dah, jgn kata budak, mak paknya pun seronok main air 😉
    Jom baca entri di blog ajumohit : Inilah hobi baru suami sayaMy Profile

  1. 9 Mac 2019

    […] BACA INI : Mandi Manda Di Hot Spring Sungai Klah (TRAP) […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge