Malasnya


Hari ni ibu bangun agak lewat daripada biasa. Kebiasaannya, jam 6.00 pagi dah bangun tapi pagi tadi 6.30 pagi baru bangun. Itu pun rasa macam nak tidur semula. Kalau tak mengingatkan cuti dah tak ada, memang ibu sambung tidur saja tadi. Huhu. Gosok baju Abah Mifzal sambil mata pejam. Haha. Nasib baik tak rosak baju Abah Mifzal. Baju ibu tak gosok pun. Ibu malas, ibu gosok tudung saja. Nasib baik baju ibu tak berapa kedut. Yang bangun lambat pagi tadi bukan ibu saja, Abah Mifzal dan Mifzal pun bangun lambat. Mungkin akibat keletihan semalam di rumah mertua. Ada kenduri tahlil. Sampai rumah sewa semalam pun dah lambat. Mifzal pula galak kemain dia di rumah mertua. Ramai yang rajin melayan dia. Ibu yang tengok pula yang rasa letih. Tidur semalam pun sampai mengigau.Menangis. Huhu.

Berselerak.

Macam biasa, ibu pagi-pagi memang tak masak pun sarapan. Abah Mifzal pun sama cam ibu jenis yang tak makan sarapan kalau pagi sangat. Biasanya dalam jam 9.00 pagi – 10.00 pagi baru kami makan. Lepas itu, ibu kejut kan Mifzal (kebiasaanya Mifzal terjaga sendiri). Masa nak tukar pamper pun mata masih pejam. Kasihan Mifzal. Mengantuk sangat la tuh. Ibu tak sempat nak shoot gambar Mifzal sebab dah lambat nak pergi kerja.

Mengantuk

Masa ibu drive kereta nak ke tempat kerja, nyaris-nyaris ibu nak terlelap. Mata pun macam separuh saja boleh buka. Memang ibu sangat-sangat mengantuk. Memang tak ada mood betul pagi ini. Huhu. Sampai di pejabat pula, disambut dengan kerja yang bertimbun. Kan ibu cuti semalam. Banyak pula surat nak kena taip. Aduss!! Malasnya ibu. Tolong!!!!

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


5 Responses

  1. kakngah berkata:

    aku pernah wey… drv blk keje ngntuk giler. alik2 tersagat divider jln. melecet spotrim kete. huhuhu!!!

  2. ai berkata:

    wei..bahaya tul ngko ni! drive masa ngantok. sib bek takde apa2. hish…

  3. ZiE berkata:

    amboiii meja ko sama le mcm meja aku ainey. huhu.. byk paper sana sini .. nyampah aku tengok. rasa mcm nak selesaikan seumanya tapi malasssss asyik nak chat je mcm ne nak siap kan. Hahahhaha

  4. kirana-ummikmal berkata:

    weh..hari biase ko bgun kul 6 pg?
    wahh awalnye..tabik spring aku…kekkeke
    aku yg nk masak pepagi buta tu pun bagun 6 lebih..kekkeke

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge