Makanlah Keledek Untuk Sihat!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Keledek rasanya manis dan sentiasa mendapat tempat di dalam masakan orang kita, sama ada dimasak lemak dijadikan sayur bersama daun cekur, dilenyek, dikisar dijadikan kuah mi rebus, dibuat kuih seperti cik
mek molek, digoreng seperti pisang goreng, dibuat pengat atau dibuat
kerepek…sebut saja, ubi ini memang serba guna.

Di Malaysia, ubi keledek mudah didapati sepanjang tahun, malah ubi keledek tempatan juga sangat berpatutan harganya. Isinya beraneka, putih, kuning, jingga, merah atau ungu.

Tetapi tahukah anda, ubi keledek bukan sahaja sedap dan pelbagai guna dalam masakan, ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Penyelidikan terbaru terhadap ubi keledek mendapati isinya kaya dengan bermacam khasiat.

Manfaat kesihatan

1. Protein unik mengandungi kesan antioksidan – keledek mempunyai simpanan protein akar yang unik. Kajian mendapati ia mengandungi kapasiti antioksidan yang penting. Dalam satu kajian, didapati protein-protein ini mempunyai satu pertiga aktiviti antioksidan gluathione iaitu satu daripada antioksidan tubuh yang paling mengagumkan terhasil secara dalaman. Ini bererti ubi keledek mempunyai nilai penyembuh.

2. Sumber khasiat yang baik – keledek yang dikelaskan sebagai ‘sayur akar’ ini sangat kaya dengan sumber vitamin A (dalam bentuk beta-karotin), vitamin C dan mineral seperti mangan dan kuprum. Keledek juga kaya dengan fiber diet, vitamin B6, potasium dan zat besi.

3. Makanan yang kaya antioksidan dan antiradangan – vitamin A dan vitamin C di dalam ubi keledek menunjukkan ia mempunyai nilai menyembuh. Beta-karotin dan vitamin C berkuasa menyingkirkan toksid.

Elak serangan jantung dan strok

Ubi keledek secara relatifnya berkalori rendah dan tiada lemak. Kaya dengan beta-karotin dan lima kali ganda lebih vitamin A dalam seketul keledek. Juga kaya dengan potasium. Khasiat-khasiat ini berupaya melindungi daripada serangan jantung dan strok. Potasium di dalam keledek membantu mengekalkan bendalir dan keseimbangan elektrolit di dalam sel-sel tubuh serta mengekalkan fungsi normal jantung dan tekanan darah.

Berat badan ideal

Ubi keledek juga bersifat menghalang peningkatan berat badan, antikanser, dan antipenuaan.

sumber artikel : Majalah Anis : Julai 2009
 
ps : ibu suka ubi keledek goreng..tepung kasi tebal..hehe

 1,247 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*