Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2018


Baru-baru ini, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, telah menganjurkan pertandingan pertandingan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk melukis Logo Hari Kebangsaan 2018 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku. Ssebanyak 632 logo telah diterima sebagai penyertaan oleh pihak kementerian.

Dan, pada 25 Julai 2018, pemenang pertandingan tersebut telah dipilih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia . Ia telah dimenangi oleh Encik Nik Zulkifli Nik Hitam yang mencipta di bawah  di atas yang membawa maksud :-

Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2018

sayangi malaysiaku

Simbol rakyat melakukan gerakan mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dipilih menjadi logo rasmi.

BACA INI : Logo & Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-55

Maksud Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara. Orang ramai boleh memuat turun logo tersebut bagi tahun 2018 di laman web rasmi sambutan National Day dan Malaysia Day 2018.

Untuk muat turun di link dibawah :

http://malaysiamerdeka.my/web/

Sambutan kemerdekaan bagi tahun ini mungkin memberi maksud yang mendalam pada rakyat Malaysia. Di mana, seperti yang kita sedia maklum, negara kita telah mengalami satu perubahan besar di dalam sejarah iaitu peralihan kuasa parti pemerintah. 9 Mei 2018 telah menjadi titik permulaan bagi kerajaan Malaysia baru. Rakyat telah memilih dan telah menunjukkan kuasa yang ada pada rakyat. Semoga Malaysia kita terus ke hadapan dan sambutan kemerdekaan kali ini akan menjadi lebih bermakna.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


4 Responses

  1. Hafiz berkata:

    Sekejap je dah nak masuk hari kemerdekaan..
    Jom baca entri di blog Hafiz : 10 tips untuk memilih durian yang baikMy Profile

  2. ajumohit berkata:

    tak lama dah nak sambut hari kabangsaan dengan kerajaan yang baru
    Jom baca entri di blog ajumohit : Resepi Ayam Goreng Berempah Cepat dan MudahMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge