Lagi Kes Bayi Tersedak Susu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aduhai..kesiannya kat baby tu..ya lah dah sampai ajal..tp kita sebagai ibu bapa x boleh pandang ringan benda2 mcm ni..sebagai ibu kena alert..jgn sesekali membiarkan anak kecil menyusu sendirian..kena ada org dewasa…mengantuk mcm mana sekali pun mengantuk..kena la tahan..anak tu..bukan patung…selalunya kes2 tersedak mcm ni..dibiarkan menyusu sendirian..ibu or bapa duk ralit buat keje lain..kalau kes yg menyusu badan plak..selalunya si ibu tertidur..pada ibu..perkara bergini boleh dielakkan jika ibu bapa lebih alert dan x membiarkan anak mereka menyusu sendiri..

Abang lihat darah bercampur susu mengalir dari hidung mangsa

PADANG BESAR: “Sedih, sebak dan sayu. Hanya Tuhan tahu perasaan saya apabila melihat tubuh Nur Iffan yang sudah tidak bernyawa itu. Saya hanya mampu peluk tubuh Nur Iffan yang kecil dan cium dia berkali-kali. Itu semua sudah terlambat kerana dia pergi meninggalkan kami.

“Kedatangan Aidilfitri yang hanya berapa lama lagi ini tidak bermakna buat kami sekeluarga, namun saya reda dengan apa yang terjadi,” kata Ramlah Ibrahim, 27, ibu Mohamad Nur Iffan Md Yussof, tiga bulan, yang meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai kerana tersedak susu ketika tidur.

Tambah menyayat hati, pemergian bayi lelaki yang juga anak bongsu lima beradik itu ketika umat Islam semakin hampir menyambut kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

Berdasarkan maklumat, Mohamad Nur Iffan disedari mengalami pendarahan pada hidung jam 3 pagi, sejurus ibunya tersedar daripada tidur di rumah mereka di Taman Sri Tunjung, Beseri, dekat sini.

Terdahulu, Mohamad Nur Iffan dikatakan tidur bersama ibunya selepas diberi susu badan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ramlah hanya menyedari bayinya tidak bernafas selepas dikejutkan anak sulung berusia 12 tahun yang melihat darah bercampur susu mengalir dari hidung bayi itu.

Katanya, dia dan suami, Md Yussof Md Amin, 48, baru bercadang membelikan Mohamad Nur Iffan baju raya kerana sukar berbuat demikian disebabkan tubuh bayi itu agak kecil berikutan lahir tidak cukup bulan.

“Saya masih ingat senyuman yang disertai ketawa riang Nur Iffan ketika dia dimandikan petang semalam (kelmarin), sedangkan sebelum ini dia tidak pernah ketawa sebegitu,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes terbabit yang dibuat bapa mangsa kira-kira jam 5 pagi semalam.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut. Bagaimanapun, kita sedang menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa untuk mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dalam kes terbabit,” katanya.

Sumber : Berita Harian

ps : untuk ingatan bersama..

 1,228 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*