Senarai 24 Lebuhraya Yang Bagi Diskaun Tol Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebagai pengguna lebuhraya ketika musim perayaan, suka ibu nak share kat sini Senarai 24 Lebuhraya yang bagi Diskaun Tol sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011

RAWANG: Pengguna di sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan diberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan, mulai Khamis ini hingga 2 September.

  • Lima lebuh raya, paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini (25 Ogos 2011)
  1. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), 
  2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), 
  4. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan 
  5. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  • Lain-lain Lebuh Raya pula ialah
  1. Lebuh Raya KL-Karak (KLK),
  2. Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I),
  3. Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB),
  4. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA),
  5. Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS),
  6. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)(Percuma pada hari Kemerdekaan bermula 12.00 tengah malam hingga 11.59 tengah hari),
  7. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT),
  8. Lebuh Raya SMART, 
  9. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS),
  10. Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
  11. Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE).
  12. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA),
  13. Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE),
  14. Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA),
  15. Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK),
  16. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP),
  17. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan
  18. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE),
  19. Lebuh Raya KL-Kuala Selangor(LATAR) pula memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata sebanyak tujuh juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya berkenaan sepanjang tempoh diskaun membabitkan kos RM6.8 juta berbanding RM3 juta tahun lalu.

Beliau berkata, diskaun berkenaan adalah antara program tanggungjawab sosial sebanyak 22 syarikat konsesi, selain menghargai pengguna lebuh raya.

“Ada beberapa konsesi memberi diskaun awal mulai 25 Ogos ini dan itu berakhir pada 2 September. Bagi pengguna LDP, pada 31 Ogos ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran mulai jam 12 tengah malam sehingga 11.59 tengahari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamatan Peringkat Kementerian Kerja Raya sempena Aidilfitri 2011 di Hentian Sebelah, Plaza Tol Lagong, Lebuh Raya GUTHRIE, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh.
Shaziman berkata, pihaknya sudah mengambil langkah rapi menghadapi sebarang kemungkinan seperti kesesakan luar biasa dan kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin pada musim perayaan.

Beliau berkata, bagi memastikan aliran trafik lancar, semua kerja pembinaan di jalan dan lebuh raya dihentikan sementara, termasuk rondaan 24 jam sehari.
Katanya, selain itu, mulai 22 Ogos ini, sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II akan dibuka secara berperingkat membabitkan tiga laluan bagi mengurangkan kesesakan.

Sumber : Berita Harian

ps : raya ni raya kedua baru balik Kelantan, means 31hb 9 la..tp sbnrnya pada pengguna lebuhraya seperti kami ni..diskaun tol ni x memberi apa2 kesan pun sbb selalunya waktu yg dapat diskaun tu waktu tengah malam..pada yg drive malam ok lah..mcm kami ni..kami drive siang hari..x kuasa nak drive malam..mengantuk..tp kali ni..ibu x sure plak..diskaun tu just utk malam hari je ke or sepanjang hari..

 930 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*