Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) Percepatkan Pinjaman

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bagi yg ingin memohon boleh la klik link2 di bawah ini

  • Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)
  • Panduan Mengisi Permohonan Online Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)
  • Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Bagi Kakitangan Awam

Pemohonan melalui talian dapat kelulusan serta-merta

PUTRAJAYA: Pemohon pinjaman perumahan kerajaan akan menerima keputusan permohonan masing-masing serta-merta selepas butir-butir diisi secara dalam talian menerusi Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang dilancarkan semalam.

Bagi permohonan yang diberikan kelulusan bersyarat itu, mereka hanya perlu menyerahkan dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum kelulusan sepenuhnya diberikan, manakala yang gagal boleh memohon semula.

Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan, Datuk Shuib Md Yusop, berkata sebelum ini, kakitangan awam terpaksa menunggu sehingga sebulan untuk mendapat kelulusan permohonan pinjaman perumahan masing-masing yang dilakukan secara manual.

Beliau berkata, penggunaan SPPB bukan saja mempercepatkan proses kelulusan pinjaman, malah mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semakan pinjaman selain bayaran wang proses melalui kemudahan perbankan internet serta memudahkan pemilihan insuran atau takaful.

Sehubungan itu, katanya pihaknya akan mewajibkan semua pemohon yang melakukan pinjaman perumahan kerajaan kali pertama mengemukakan permohonan menerusi sistem ini bagi memudahkan urusan.

“SPPB adalah sistem bersepadu yang mana peminjam juga boleh membuat urusan lain seperti menyemak status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hak milik, baki pinjaman, status permohonan dan penyata tahunan,” katanya selepas Majlis Pelancaran SPPB yang dilakukan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari.
Beliau berkata, penggunaan SPPB juga memberi penjimatan lebih RM1 juta setahun kepada kerajaan.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 730,000 peminjam aktif daripada 1.2 juta kakitangan awam seluruh negara. Sebanyak RM76 bilion pinjaman diberikan sejak 1970 dengan purata pinjaman dikeluarkan berjumlah RM7 bilion setahun.

Shuib berkata, sistem yang dibangunkan sendiri kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan itu adalah langkah penambahbaikan dalam sistem penyampaian kepada penjawat awam yang mahu memohon pinjaman.

“Ini dapat meningkatkan tahap kecekapan kementerian selaras dengan visi untuk menjadi agensi unggul dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara,” katanya.

Senang lah kan sekarang..kalau yg nak memohon pinjaman perumahan..x de la memakan masa yg lama..Kisah Pembelian Rumah Kami pun x tahu apa citer..macam dah malas nak amik kisah..suruh abah telefon..dia pun x telefon..banyak sangat aral..kdg2 rasa macam nak batalkan jer perjanjian S & B tu..tp kena denda ke? or just hangus deposit je? huhu mmg kurang ilmu dlm beli rumah ni..menyesal hari tu x fikir panjang..sbb dah berkenan nga umah tu coz rumah tu sebiji2..bukan rumah teres..tu yg x pikir panjang tuh..comunity guarded lak tuh..huhu..pd ibu cam dah berbaloi la dgn harganya..then risik2 pemaju pun mcm ok sbb dah ada projek diorg yg siap n habis dibeli..ntah apa masalah projek yg ni mcm lambat sgt progress dia..huh

 1,509 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*