Lebih kurang seminggu lagi, kita akan berpuasa. Sekejap je masa berlalu. Dah nak mula puasa semula untuk tahun ini. Insya Allah, kita dijangka akan mula berpuasa pada 10 Julai 2013 (Rabu). Tak sabar nak puasa dan berhari raya kan. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diberkati oleh Allah SWT. Di sini juga, ibu ingin berkongsi lafaz niat puasa dan doa berbuka puasa untuk dijadikan panduan.
Lafaz Niat Puasa Sehari
Kalau rasa susah untuk nak niat puasa setiap hari, boleh juga kita berniat selama terus sebulan di bulan Ramadhan. Senangkan. Mana tahu takut terlupa niat, ada pula yang sengaja membuat alasan untuk tidak mahu meneruskan puasa. Kononnya, terlupa niat. Tak baik tau kalau macam tu, berdosa. Dosa dapat, puasa tetap kena ganti juga kan!!
Lafaz Niat Puasa Sebulan
Selepas seharian berpuasa, elok sekiranya semasa ingin berbuka puasa kita dahului dengan doa berbuka puasa. Tanda kita bersyukur kerana dapat melengkap puasa pada hari itu. Sama-sama berdoa bersama keluarga akan memeriahkan lagi acara berbuka puasa selepas penat berpuasa seharian.
Doa Berbuka Puasa
Dah mula puasa nanti, jangan lupa bersahur kerana banyak keberkatan bersahur ini. Selamat berpuasa 🙂
1,602 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
lebaran sebentar lagi,,sudah tak sabar
Hehe..selamat berpuasa buat ibu sekeluarga..hehe