Kebodohan Ibu?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

sampai skang ibu masih rs terkilan dgn apa yg ibu dah alami ptg td…n sampai skang ibu x sure tindakan ibu ni betul ke?

:: imej dr google ::

korang pernah x dihubungi oleh ejen insurance melalui telefon n tawarkan insurance perlindungan (x kisah la dr jenis apa kan)…sblm tu diorg ckp dulu yg korang ni pelanggan sesuatu perkhidmatan yg sememangnya mmg korang langgan..n ejen yg call korang tu tahu 100% maklumat peribadi korang contoh cam alamat & jenis perkhidmatan yg korang langgan tuh..contohnya kalau korang ada tepon rumahkan..ejen tu tahu korangnya detail..langgan lama mana..alamat rumah kita..n etc la..maksudnya korangnya maklumat dah diambil oleh pihak ketiga tanpa pengetahuan korang n of coz la tanpa kebenaran kan..ambik maklumat tu plak dgn tujuan nak jual dia punya insurance n seblm tu promote nga kata2 manis ckp korang dpt percuma personal assurance la..n cover utk limited time only..

kalau pernah mungkin kes korang sama nga ibu kot..mmg ptg semlm ibu dpt call dr ejen satu syarikat insurance ni menggunakan private no.phone..n dia ada maklumat streamyx ibu..n offer free personal assurance selama 6 bulan….n dgn ckp x paksa promote psl plan insurance yg berbayar plak..yg ibu ni ntah cemana leh layan plak mendengar..sbb sblm ni mmg ibu x interested pun dgn insurance..lg pun ibu pun dah ada potong insurance bulan2 kan..malas la nak potong byk2..tp ntah la ptg ld ibu layan plak..mood happy kot..huhu..

ok masa dia bgtau pasal maklumat ibu tu..ibu x terpikir la yg maklumat ibu dah diambil tanpa kebenaran kan..ya la sbb sblm ni x reti2 sgt psl legal punya benda2 ni kan..kurang arif pasal hak2 pengguna..huhu..

after dipromote tu..cemana tah..ibu leh setuju ue untuk langgan insurance family..bernilai rm70/sbulan untuk family la..pas tu ejen tu tanya la ibu ada card creadit x? ibu ckp x der n dia tanya plak pasal kad debit..n ibu nga lurus bendulnya bodoh bagi la no 16 digit kad debit.. tuh..bila dah bagi tu ibu rs cam curiga..eh kenapa plak mintakan..dia ckp untuk proses auto-debit la..so ibu tanya la x de potongan gaji masuk slip gaji ke? dia kata cr bayaran yg digunakan hanyalah melalui kad kredit atau auto-debit..

pas tu pikirkan..ibu ckp x mau la langgan plak..alasan nak bincang nga asben dulu..tp ejen tuh pujuk..so ibu termakan la pujukannya untuk proceed je..n after tamatkan perbualan tuh ibu pun cr la maklumat kat internet pasal offer yg ditawarkan kat ibu..ibu cr memula x jumpa..tp after google..ibu jumpa la 1 blog yg ckp program yg ditawarkan ni scam…ibu dah gabra dah..baca lg isi dlm blog tu n komen2 yg reader dia bagi buat ibu comfius dah betul ke tipu ni..

n disebabkan takut..terjadi yg x diingini (kena tipu ke )terus ibu ajak kawan ibu teman ibu gi bank untuk batalkan kad debit ibu tuh..masa kat kaunter bank tu..staff tu ckp lain kali jgn layan panggilan mcm tuh..mmg byk penipuan skang ni..so dia mmg suggestkan block kad in off kan servise online banking utk akaun bank ibu tuh..so ibu bersetuju..n nak apply la kad baru..tp dibuatnya IC ibu plak x leh baca chipnya..mungkin dah kena gam kot..ala gam yg kat purse tu kan (purse murah ) so x buleh la nak apply kad bank baru..kena buat kat branch bank yg ibu daftar..huhu..jauh la plak..kat KL nun..

kalau korang nak lg jelas ttg apa yg ibu alami ni..korang leh klik SINI.. dan juga SINI n sampai skang ibu x sure..betul ke program tuh..n betul ke tindakan ibu tuh?

ok..even benar sekalipun benda2 gini ni..tp ibu rsnya nak mempersoalkan…kebocoran maklumat peribadi kita kepada pihak ketiga tanpa kebenaran…apa pandangan korang? komen eh!!

ps : inila..org ckp..sbb kebodohan sendiri..dah menyusahkan diri sendiri n kawan terdekat..huhu

 866 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

  1. Salam kak, thanks sebab mention blog saya dalam post akak.
    Saya sebagai yang pernah terkena, turut bersimpati memandangkan akak dah punya perlindungan insurans dan perlu membayar untuk satu lagi.

    Pendapat peribadi saya, jika benar mahu mengiklankan insurans, sewajarnya para promoter perlu tampil ke hadapan, bersua muka dan close deal apabila pelanggan bersetuju dengan memberikan tanda tangannya. Namun apabila konsep tele-pemasaran ini diadaptasi, semua prosedur itu tidak diperlukan lagi.

    Sewajarnya kaedah pemasaran kotor sedemikian perlu dihentikan bagi mengelakkan persepsi buruk kepada para promoter tele-pemasaran yang hanya mencari sesuap nasi, tetapi menjadi mangsa kerana terlibat sama dalam aktiviti memperdaya pelanggan seperti kita.

  2. Ainey,
    Kdg2 mmg kita x sangka kita akan tertipu dgn hanya dgr 1 suara mlalui telefon shj.Next time, kena lebih berhati2.
    Xpe,jadikan ini satu pengajaran.

  3. takpe ainey, lepas ni tau la kalau dpt panggilan2 macam tu. lepas ni kalau dia nak cite panjang2 terus ainey cakap, kalau pasal insuran, cakap je ainey dah ada & ainey tak interested. sebab once da setuju, nak cancel mmg la susah. mmg ramai yg ada insurance, sebab panggilan tu, jadi banyak pulak insurance nye. lepas tu, coverage nye belum tentu. rugi bayar bulan2 je. mujur, ainey pantas buat tindakan yg sepatutnya. kalau tak, tak pasal je bulan2 ada kos tambahan kena bayar kan?

  4. bed — tu la…tu yg aku terkilan..lg buat aku terkilan sbb aku tahu benda2 mcm jgn layan..huhu..ntah cemana aku leh layan..aku pun x tau la..nsb baik aku terpikir nak terus block n then nsb baik gak baki dlm MBB aku tu x banyak ..x sampai 100 pun..tp aku risau sbb tu akaun gaji n kalau aku claim duit pun akan masuk akaun tuh..nak tutup akaun plak aku rs cam leceh plak..tp staff MBB tu dah bgi jaminan..hopefully ok la..

    mmg lepas ni kena betul2 beringat la..

    nome — ya ke..aku x bc metro..sbb tu x tau kot..huhu…tp ya la..yg jgn dedahkan makluamat bannking ni mmg aku sgt jelas..tp aku buat pulak..huhu..

    kad debit tu aku dah block mie..yg lama x leh guna dah..online banking aku pun x leh access dah..cuma yg aku kena ke kl tuh sbb nak buat kat baru sbb ic aku x leh baca..kalau leh bc leh claim kat sini je..huhu..tu aku ni dah cr penyakit..

  5. ainey, x silap aku kes ni ada kuar kat metro baru2 nih..pasal kes penipuan yg melibatkan agensy insurance tuk mendapatkan detail2 mangsa…

    ko x sengaja melayan derang time tu mgkn mood ko sgt2 hepi…x bleh nak salahkan gak…menda dah nak jadi kan…tp jauh la plak nak block kat debit ko tu ek…kat kl nih…xde cara lain ker? cian kat ko plak…

    n'way thanks sbb ko kongsi psl kes ni ngan kitaorg

  6. ainey, kes mcm ni selalu berlaku betapa tidak telus nye pihak2 tertentu memberikan maklumat peribadi pengguna mereka! aku pun selalu dpt panggilan mcm ni tapi siang2 aku tak layan, selain dr insurance, offer special package tuk travel lah…ada2 je….

    takpe kau ambik peristiwa ni as pengajaran and yet peringatan utk aku jugak agar tidak terpedaya dek pujuk rayu org2 yang mcm ni!

    mujur kau tersedar awal and block cepat kalau tak…

    bab kebocoran maklumat tu susah kita nk pantaukan? cemana tu even masa fill up dah mentioned maklumat peribadi utk rekod dan tidak akan didedahkan tapi wujudnya insan2 yg sudi membocorkn rahsia pelanggan mereka!

    dari pada senarai yg diberila org yang wat panggilan tu dpt sales lead! maksudnye list customer utk dipenetrate…..mmg mcm #$%%z6A7A LAHHH

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*